اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, January 13, 2015

Siasat kes Charlie Hebdo, polis Peranchis mendadak bunuh diri

13/1/15

Selidiki kasus Charlie Hebdo, polisi Prancis mendadak bunuh diri 

  Komisaris Helric Fredou yang menyiasat kes Charlie Hebdo mendadak bunuh diri. ©2015 Merdeka.com/Daily Mai
 Komisaris Helric Fredou bunuh diri hanya beberapa jam setelah insiden penyerangan Tabloid Charlie Hebdo di Paris, Perancis. Dia adalah pegawai polis pertama yang mencoba menyiasat  kenapa serbuan tiga militan boleh dengan mudah terjadi. 
The Daily Mail melaporkan, Selasa (13/1), polis  45 tahun yang hidup membujang ini terakhir kali bekerja, ketika mewawancarai keluarga korban penembakan. Beberapa jam kemudian, Helric pulang ke pejabatnya di Kota Limoges, lantas ditemui sudah tak bernyawa kerana menembak kepalanya sendiri.
Polis Peranchis mengesahkan bahawa Helric bunuh diri, tapi tidak mengungkap detail motifnya dalam keterangan tertulis. "Kesedihan yang mendalam saat kami menerima maklumat pagi ini tentang kematian kawan kami Helric Fredou," tulis pernyataan  Polis  Perancis.
Helric, dalam laporan yang dilansir Stesyen Televisyen France 3, diduga bekerja terlalu keras. Polis yang bekerja sejak 1997 ini diperkirakan bertambah depresi akibat bertemu keluarga korban.
Insiden penyerangan Charlie Hebdo menewaskan 12 orang, yaitu para kartunis dan wartawan media yang kerap mengolok-olok Nabi Muhammad itu. Dua polis turut terbunuh akibat serangan dua bersaudara Cherif Kouachi dan Said Kouachi, militan didikan Al Qaidah Yaman. Pelaku yang meninggal diserbu polis Peranchis akhir minggu lalu.
Dalam waktu bersamaan dengan insiden Charlie Hebdo, tepatnya usai Helric bunuh diri, dua orang yang menyandera satu supermarket milik Yahudi juga berhasil dibunuh, kendati warga awam turut terbunuh.
Insiden ini lebih berkaitan dengan  ISIS. emua lima orang terbunuh, termasuk pelaku bernama Amedy Coulibaly. Isteri pelaku berjaya melarikan diri.
 
sumber: Merdeka.com
SIAPA ERIC PAULSEN??????? LFL antara pertubuhan di Malaysia yang menerima dana daripada AS. NAMA Eric Paulsen mula disebut sejak beberapa hari lalu susulan kenyataannya yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggalakkan ekstremisme atau fahaman pelampau pada setiap Jumaat. Siapa beliau? Beliau adalah seorang peguam, yang juga pengarah eksekutif dan pengasas bersama pertubuhan bukan kerajaan, Lawyers for Liberty (LFL). Paulsen dilihat kerap bercakap mengenai pelbagai perkara mengenai Islam di akaun Twitternya, terutama mengenai hukum hudud. Antara status terkini di Twitter beliau mengenai Islam ialah: 1) "Golongan ulama adalah seperti raja/Tuhan, tidak boleh dikritik."- 6 Januari 2015 2) "Hmm apabila agamawan palsu samakan doa dengan cara dapat kontrak besar kroni. Syirik besar ini." - 31 Disember 2014 3) "Lagi agamawan menjaja agama" (merujuk kepada Malam Cinta Rasul 2015 di Dataran Merdeka) - 29 Disember 2014 4) "Ada majlis di tempat terbuka (dan) nampak nak hujan. Jadi penganjur doa agar tak hujan. Tak lama pun hujan. Jadi penganjur kata rahmat Tuhan. Kisah benar." - 27 Disember 2014 5) "Cara Pas Kelantan cakap macam tak ada benda lain dalam dunia/akhirat kecuali hudud. Isu-isu kebajikan, ekonomi, sosial dan keselamatan masyarakat?" - 24 Disember 2014 6) "Taliban menggila. Inilah akibatnya bila terlalu taksub dengan hukum (dan) haram tanpa tahu nilai agama, keadilan, belas kasihan (dan) penyayang." - 17 Disember 2014 7) "Tak faham obsesi Pas dengan hudud. Ia tak berperlembagaan, zalim (dan) tak sesuai dengan zaman moden." - 14 Disember 2014 LFL yang diasaskan beliau pula adalah pertubuhan hak asasi manusia dan undang-undang yang bermatlamat mencabar keputusan dan tindakan tidak berperlembagaan yang dilakukan kerajaan dan pihak berkuasa lain. Berdasarkan laman web National Endowment for Democracy (NED), LFL mendapat dana sebanyak AS$45,000 (RM160,000) setiap tahun dari 2011 hingga 2013. NED adalah sebuah yayasan bukan berasaskan keuntungan bermatlamat mengembangkan dan mengukuhkan institusi demokrasi di seluruh dunia. Mendapat dana daripada Kongres AS, NED menyokong lebih 1,000 projek kumpulan bukan kerajaan di lebih 90 negara. Menurut laman web NED, sejak penubuhannya pada 1983, NED mengetuai perjuangan demokrasi di dunia dan kedudukannya sebagai badan bukan kerajaan memberikan yayasan itu fleksibiliti untuk bertindak segera apabila ada peluang perubahan politik di mana-mana negara.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

No comments:

Post a Comment