اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 7, 2015

PKR dakwa surat Zahid 'langgar konvensyen'



 

  PKR menuduh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar konvensyen diplomatik kerana tidak melalui Kementerian Luar apabila menghantar surat membela Paul Puah.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa satu laporan polis juga akan dibuat terhadap menteri dalam negeri itu dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.


Rafizi mendakwa tindakan Zahid itu meningkatkan kecurigaan terhadap surat yang dihantar kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu.

Katanya, sekiranya tulen, ia sepatutnya dilakukan oleh pihak polis dan disampaikan melalui saluran diplomatik Wisma Putra.

Hakikatnya, kata Rafizi, Zahid telah melanggar kedua-dua konvensyen itu dan ini mewajarkan siasatan dimulakan terhadapnya.

Khususnya, tegas Rafizi, adalah penting untuk menentukan berapa banyak surat yang telah dikeluarkan setakat ini.

Tinjauan Malaysiakini dengan mereka yang biasa dengan prosedur itu juga mendedahkan bahawa dalam kes-kes seumpama itu, saluran yang betul adalah Kementerian Luar.

Mengenai laporan polis pula, Rafizi berkata, ia juga akan menjadi satu ujian bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Ini untuk melihat sama ada IGP akan bertindak secara bebas untuk menyiasat menteri dalam negeri (yang menyelia pasukan polis) dan seorang peguam Umno apabila ia begitu jelas bahawa salah laku oleh menteri mungkin telah berlaku," katanya.

Sementara itu, Rafizi juga melahirkan kebimbangan berhubung laporan Malaysiakini semalam bahawa Zahid tidak berunding dengan polis sebelum menghantar surat itu.

Beliau berkata menteri sepatutnya melibatkan polis kerana mereka lebih mengetahui mengenai kes tersebut.

Ketika dihubungi kemudian, Khalid berkata sekiranya PKR membuat laporan itu, ia pasti akan disiasat.

"Kami menyiasat semua laporan, tidak kira laporan terhadap siapa," kata ketua polis kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, Shafee, yang mewakili Phua di Malaysia, kata Zahid telah menulis surat itu untuk membetulkan kesilapan mengenai anak guamnya, yang menghadapi prosiding mahkamah di Amerika Syarikat.

Shafee berkata Phua bukan ahli kogsi gelap 14K, seperti yang didakwa, dan menambah bahawa kumpulan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Bagaimanapun, IGP kemudiannya berkata walaupun 14K tidak wujud di Malaysia, tetapi ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui menjadi ahli kongsi gelap tersebut.

Hari ini, Shafee tetap bertegas bahawa terdapat kesilapan dan menyangkal laporan Malaysiakini, menyatakan bahawa pihak polis mempertahankan penemuan mereka mengenai Phua.

[Baca berita penuh/asal]

No comments:

Post a Comment