اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, January 7, 2015

Rahsia Menteri Kanan Najib Terbongkar


PETALING JAYA: PAS menuntut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memperjelaskan kepada umum berkenaan surat sokongan membela ‘raja judi’, Paul Phua Wei-Seng.
 
Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata semestinya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rekod dan berhubung dengan FBI berkenaan Paul Phua. Slogan PDRM iaitu “Tegas, Adil dan Berhemah” perlulah dizahirkan pada setiap masa tanpa memilih bulu dan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.

Mahfuz juga mendesak pihak kerajaan memberikan penjelasan berkenaan isu surat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang telah ditarik balik daripada satu perbicaraan di Mahkamah Daerah Nevada selepas Putrajaya membantah ia digunakan untuk pembelaan kes Paul Phua Wen Seng.

Rahsia Menteri Kanan Najib Terbongkar

“Sungguh menghairankan apabila melihat kesungguhan dan keberanian seorang menteri kabinet menghantar surat kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano pada 18 Disember 2014 dengan memberi jaminan bahawa Paul Phua Wen Seng bukanlah anggota kongsi gelap 14K Triad bahkan mendakwa Phua telah membantu Malaysia dalam perkara-perkara “keselamatan negara” dan berharap Phua dapat pulang ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan Zahid itu tidak pula direstui dan malah dibantah oleh Putrajaya.

Sehubungan itu, pihak kerajaan perlulah telus dan berani memperjelaskan isu ini kepada masyarakat umum kerana ia melibatkan bukan sahaja integriti seorang menteri tetapi seluruh kabinet pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Tun Razak.

“Pasti timbul kerisauan pada umum seolah-olah kerajaan bersekongkol untuk melindungi bukan sahaja ‘raja judi’ tetapi anggota kongsi gelap 14K yang berkait dengan dadah,” ujarnya. ~free malaysia today

Polis Sendiri Tak Tahu Kandungan Surat Zahid
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.

“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak menteri.

No comments:

Post a Comment