KENYATAAN RASMI TENTANG LAGU "SANDIWARA"
1. Lagu “Sandiwara” nyanyian Tyco (artis alam maya ciptaan KRU) telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 iaitu 15 tahun lalu
2.
Lagu ini diinspirasikan dan berdasarkan isu yang hangat diperkatakan
ketika itu iaitu insiden Al Maunah sehingga menjejaskan keamanan negara
3.
Liriknya ditulis menceritakan seorang individu yang terkeliru dengan
fahaman sesat sehingga terjebak didalam kegiatan ekstrimisme sekaligus
memudaratkan diri, keluarga, masyarakat dan negara
4.
Pihak KRU Music selaku pemilik hakcipta lagu ini dan mewakili artis
kami menafikan sekeras-kerasnya lagu ini ditujukan kepada mana-mana
tokoh atau parti politik
5.
Tindakan individu yang membuat interpretasinya sendiri dari lirik lagu
ini (setelah 15 tahun lagu ini dikeluarkan) adalah jauh tersasar dan
diluar konteks. Dengan mengaitkan lagu ini dengan imej-imej provokatif
(melalui video yang dimuat-naik 1-2 hari yang lalu) bukan saja melanggar
hakcipta milik kami tetapi yang lebih dikesali mengganggu ketenteraman
awam dan menjejas nama baik semua pihak termasuk tokoh yang amat kami
hormati yang dipaparkan didalam klip video tersebut
6.
Pihak kami sedang mengumpul bukti dan akan membuat laporan polis
terhadap individu yang tidak bertanggung-jawab yang menghasilkan video
tersebut
7.
Dengan ini, pihak kami juga ingin memberi peringatan dan amaran kepada
pihak yang tidak bertanggung-jawab untuk tidak membuat interpretasi
sendiri menggunakan mana-mana lagu kami dan mengaitkannya dengan visual
yang menghina mana-mana individu atau organisasi yang boleh mencetus
kemarahan mana-mana pihak dan melanggar hakcipta kami
-------------
Berikut di atas ialah respon dari KRU Studios.
Bukan
aku taknak percaya tapi bila aku perhatikan lirik-lirik dia memang
nampak macam ditujukan kepada PAS berbanding Al-Maunah.
Cuba perhatikan betul2 ;
Apa
maksud putih di lautan hijau? Bukan kah bendera PAS, putih di tengah2
hijau? Ke bendera Al-Maunah macam tue juga? Sama sebijik macam PAS?
Hmmm.. pada aku. Kalau betul itu kisah lampau, takpe la. Mengaku lebih
baik. Cuma lagu tue dikaitkan dengan visual yang tersebar sekarang neh
memang membuatkan orang rasa meluat. Aku harap KRU boleh siasat siapa
yang memandai2 tokok visual tersebut ke dalam lagu ciptaan korang.
No comments:
Post a Comment