اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Thursday, February 19, 2015

PKR: Jika tak kenal, kenapa kata mengarut?

 
PKR menyifatkan kenyataan "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini terhadap dakwaan baru bekas anggota polis khas Sirul Azhar Umar, sebagai "pramatang, mencurigakan dan wajib disiasat" polis.

Sirul sebelum ini mendakwa beliau bertindak membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu kerana "hanya mengikut arahan” dan pihak yang mempunyai motif masih bebas.

"Ini kerana Datuk Seri Najib sebelum ini pernah mengaku malah bersumpah tidak mengenali wanita bernama Altantuya Shaariibuu; jika benar beliau tidak mengenali dan tiada apa-apa kaitan, mengapa beliau memberi komen sebegini?

"Dan adakah beliau mempunyai maklumat lebih dari apa yang diketahui umum tentang perlakuan Sirul sehingga dapat memberi kesimpulan sebegitu?" kata Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil (atas).

Dalam kenyataannya hari ini, Fahmi yang juga naib ketua Pemuda PKR (AMK) berkata ulasan Najib selaku menteri kewangan turut mencetuskan persepsi umum bahawa "ada sesuatu yang tidak kena" di dalam kes itu.

"Sama seperti rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya juga berharap pihak berkuasa tidak akan berlengah untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, MP Gelang Patah Lim Kit Siang berkata kenyataan Najib itu tidak boleh membersihkan namanya dan membayangkan beliau tahu keadaan yang membawa kepada pembunuhan Altantuya oleh Sirul dan rakannya Azilah Hadri.

"Adakah Najib bersetuju bahawa ia adalah kelemahan besar keadilan jika Sirul dan Azila dihantar ke tali gantung manakala dalang pembunuhan Altantuya yang mempunyai motif untuk membunuhnya dan memusnahkan bukti dengan meletupkan tubuhnya dengan bahan letupan C4 dibenarkan bebas begitu saja," katanya.

No comments:

Post a Comment