Hanya kerana status tulisan di laman sosial Facebook berkaitan penurunan harga barang y

ang
kemudian dianggap rasis oleh sesetengah pihak, nama Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob terus melonjak dengan pantas dalam UMNO.
Memegang
jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, satu kerusi yang
selama ini dianggap "kurang ong" kerana ramai yang pernah memegang
jawatan itu akhirnya terkandas di tengah pendakian hireaki parti,
Ismail Sabri seperti sedang membuktikan sebaliknya.
Tan Sri
Sanusi Junid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara pemimpin UMNO
yang cemerlang tetapi akhirnya tidak sampai ke puncak pendakian dalam
UMNO. Ramai yang percaya ianya kerana kedua-duanya pernah menjadi
Menteri Pertanian suatu ketika dahulu.
Datuk
Seri Najib dan Tun Abdullah Badawi pula dipercayai berjaya menjadi
Perdana Menteri kerana tidak pernah menjadi Menteri Pertanian. Tun
Mahathir Mohamad juga dikatakan berjaya menjadi Perdana Menteri kerana
turut tidak pernah menjadi Menteri Pertanian.