Polis telah merampas buku karya terkini kartunis politik Zunar, yang
mengandungi karikatur isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul
Razak – Datin Seri Rosmah Mansor.
Lebih seratus nashkah buku 'Ros in Kangkung Land' telah dirampas selepas polis menahan van yang mengangkut buku-buku itu.
Buku-buku itu sepatutnya dihantar ke Taman Tasik Jaya, Petaling Jaya di mana Zunar akan melancarkannya petang ini.
Ketika dihubungi, Zunar - atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque – berkata beliau sedang berjaga-jaga kemungkinan polis akan menangkapnya lagi.
Namun demikian, Zunar berkata beliau tidak akan berhenti menghasil buku-buku baru dan kartun yang lebih keras lagi.
Menurutnya, pihak polis masih belum memberitahunya mengenai tindakan mereka yang seterusnya.
Zunar telah ditahan reman selama tiga hari di lokap Dang Wangi selepas ditangkap kerana didakwa menghasut pada hari Selasa.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment