اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, April 2, 2014

Berita Ini Memeranjatkan Pemimpin Pakatan Rakyat

 


BERSIH menganggap saranan Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pengundian berasaskan garis kaum secara tidak langsung mengesahkan anggapan persempadanan semula dibuat berasaskan warna kulit.

Gabungan itu berkata, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan pengakuan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahmat.

"Ia sebenarnya mengesahkan kenyataan bekas pengerusi SPR yang persempadanan semula dilakukan mengikut kaum," kata pengerusi bersama BERSIH Maria Chin Abdullah (kiri).

Abdul Rashid, pengerusi SPR antara 2000-08 sebelum ini dilapor mengakui, tiga persempadanan semula pada zamannya bagi memastikan kuasa politik kekal di tangan Melayu.

Maria menyifatkan kenyataan Shahidan yang disokong Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) itu sebagai memalukan dan menyemarakkan perkauman.

"Saya rasa ia sebenarnya tidak masuk akal dan amat memalukan (apabila) kita ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan demikian kerana ia menyemarakkan isu perkauman," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan Laporan Tribunal Rakyat tentang Pilihan Raya Umum ke-13 kepada tujuh MP Pakatan di Parlimen, tengah hari ini. ~mk

No comments:

Post a Comment