9:25 PM
No comments
"Tiada
pengurangan subsidi 30 sen RON95 dan minyak naik kononnya tengah malam
ini," kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menerusi
tulisan di akaun Twitter miliknya pada Rabu.
"Saya ingin nafi khabar angin itu. RON95 masih ada 73 sen subsidi," katanya yang menjelaskan bahawa harga minyak petrol RON95 masih kekal RM2.10.
Khabar
angin mengenai kenaikan harga minyak itu mencetuskan kekecohan orang
awam, terutama di kalangan pengguna Internet di laman sosial seperti
Facebook dan Twitter.
Ini
berikutan satu kenyataan yang tersebar kononnya diumumkan oleh Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebar mengenai kenaikan petrol
RON95 sebanyak 30 sen bermula tengah malam Rabu.
Ramai
yang turut keliru mengenai kebenaran khabar angin itu yang dilihat
sekadar bahan gurauan sempena Hari 'April Fool' pada 1 April (Selasa).
Kali terakhir Kerajaan menaikkan harga petrol RON95 adalah sebanyak 20 sen seliter pada 3 September tahun lalu.
-Mstar
No comments:
Post a Comment