AirAsia enggan pindah ke KLIA2, Kementerian Pengangkutan tunggu dan lihat
KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan enggan mengulas keengganan syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia dan Air Asia X untuk berpindah dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) biarpun terminal itu akan menghentikan operasinya pada 9 Mei ini.
AirAsia dijangka akan dipanggil tidak lama lagi oleh jawatankuasa parlimen untuk memberikan pandangannya mengenai lapangan terbang baru itu.
"Saya tidak boleh komen dulu. Kita tunggu hari itu," kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi seperti dipetik oleh Bernama.
LCCT akan menamatkan operasi pada tarikh itu apabila kerajaan memindahkan semua agensi berkaitan seperti imigresen dan kastam berpindah ke lapangan terbang baru, KLIA2.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar dalam satu kenyataan pada Selasa berkata pihaknya sedia berpindah ke KLIA2 tetapi perpindahaan itu hanya akan dibuat selepas semua isu diatasi.
Beliau merujuk kepada kajian Ikram Premier Consultings mengenai kesediaan KLIA2 baru-baru ini yang menunjukkan ada lekukan di landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala.
"Keadaan ini akan menjejas operasi penerbangan hab seperti kumpulan AirAsia yang mempunyai kira-kira 400 pergerakan pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat miliknya di LCCT," kata Aireen.
Selain itu, Aireen juga memaklumkan pihaknya memerlukan masa lebih daripada dua bulan seperti yang diberikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk berpindah ke lapangan terbang baru itu.
Tempoh yang diberikan oleh MAHB itu pada pendapat AirAsia "tidak realistik dan terlebih optimis."
Selain itu, Aireen juga membangkitkan beberapa isu lain dalam kontrak antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan itu dibuat.
Dalam perkembangan berkaitan, pengurus kanan MAHB, Datuk Azmi Murad berkata KLIA2 akan beroperasi mengikut jadual.
Ditanya apakah AirAsia ada masa yang cukup untuk memindahkan operasinya ke lapangan terbang baru itu, beliau berkata: "Kita akan lihat."
Read more at:sumber
Lebih banyak keretakan ditemui di klia2, sebulan sebelum dibuka...Bala yang diundang..!!
"Langkah untuk berpindah ke klia2 akan berlaku, tetapi ia hanya akan dijalankan selepas semua isu ditangani," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada keputusan kajian Ikram Premier Consultings (Ikram) mengenai kesediaan klia2 baru-baru ini menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan tertentu.
"AirAsia juga percaya kesediaan beroperasi dan tempoh perpindahan lapangan terbang (ORAT) untuk menyokong operasi AirAsia akan memerlukan lebih daripada dua bulan seperti diberikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Aireen berkata, tempoh perpindahan yang ditetapkan MAHB itu tidak realistik dan terlebih optimis. Katanya, ORAT untuk perpindahan dari terminal utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebih kecil.
"Selain itu, terdapat perkara utama berkaitan komersial, operasi dan perkara terbuka dalam kontrak yang masih dibincangkan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan ke klia2," katanya.
AirAsia berkata, kerja pembaikan akan “mengganggu operasi hab penerbangan seperti Kumpulan AirAsia yang mempunyai pergerakan 400 pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat dalam kumpulan pesawatnya di LCCT”.
“Tahun lalu sahaja Kumpulan AirAsia membawa 22 juta penumpang melalui LCCT,” katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pada 17 Mac Ikram Premier Consulting (IPC) mendapati terminal klia2 selamat untuk digunakan.
"Berdasarkan laporan awal tersebut, pihak perunding bebas berpendapat klia2 adalah selamat untuk digunakan dan akan dibuka seperti dijadualkan pada 2 Mei ini, namun keretakan pada turapan perlu diperbaiki mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA)," katanya.
Hishammuddin berkata, pada masa sama, menteri mengambil maklum bahawa fasa kedua penilaian pihak perunding bebas akan dijalankan pada 14 April iaitu tiga minggu sebelum pembukaan klia2 bagi memastikan aspek keselamatan di landasan, laluan teksi dan tempat letak kereta apron (bahagian hadapan) dipertingkatkan.

Beberapa keretakan baru ditemui di bangunan klia2 menimbulkan keraguan
terhadap tahap keselamatan lapangan terbang itu yang dijangka dibuka
bermula Mei ini. – Gambar The Malaysian Insider, 2 April, 2014.Keretakan
baru ditemui di kawasan apron dan bangunan klia2 menimbulkan keraguan
terhadap tahap keselamatan terminal lapangan terbang itu beberapa minggu
sebelum operasi bermula di kala Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas
pesawat MH370 hilang, kata satu sumber industri penerbangan.
Sumber industri itu memberi 13 keping gambar diambil semalam kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan keretakan di kawasan apron dan dinding terminal dua tingkat pesawat tambang murah itu.
“Gambar tersebut menceritakan sendiri sama ada klia2 sudah bersedia atau tidak untuk digunakan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Ini merupakan set kedua gambar diserahkan kepada The Malaysian Insider mengenai keadaan terminal baru yang mampu menampung 45 juta penumpang melalui 64 pintu pagar itu.

Keretakan turut ditemui di bahagian apron klia2.Difahamkan pengendali
klia2, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan kepada
kerajaan mereka akan menjalankan kerja-kerja pemulihan yang tidak akan
memberi kesan kepada pembukaan terminal dan operasi pada 2 Mei. Tarikh
pembukaan sudah ditangguhkan sekurang-kurangnya lima kali.
“Putrajaya harus melihat semula tarikh pembukaan klia2 pada ketika kerja pembaikan masih lagi dilakukan. Sektor penerbangan negara ini sedang diperhatikan secara rapat oleh masyarakat antarabangsa dan kerajaan perlu melakukan perkara yang betul,” kata satu lagi sumber industri penerbangan.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melawat klia2 dua minggu lalu untuk menyemak sama ada ia bersedia untuk dibuka dan memanggil wakil MAHB dan wakil Kementerian Pengangkutan semalam berikutan masalah kelewatan dan peningkatan kos dalam pembinaan lapangan terbang tersebut.
PAC berkata mungkin akan memanggil pihak lain berhubung kelewatan itu dan ini merupakan kepentingan awam walaupun klia2 didana oleh pihak swasta.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata semalam klia2 akan dibuka pada 2 Mei dengan Cebu Pacific Air dan Malindo Air akan menjadi syarikat penerbangan tambang murah pertama menggunakan terminal itu.
Beliau berkata, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei, seminggu selepas klia2 dibuka menyebabkan syarikat penerbangan tambang murah terbesar di Asia, AirAsia memberikan respon.

Kerja pembinaan dan pembaikan masih dilakukan di kawasan klia2.AirAsia
berkata semalam semua operasi AirAsia dan AirAsia X akan terus kekal di
LCCT walaupun selepas 9 Mei kerana terdapat beberapa isu penting yang
perlu diatasi terlebih dahulu.
"Langkah untuk berpindah ke klia2 akan berlaku, tetapi ia hanya akan dijalankan selepas semua isu ditangani," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dalam satu kenyataan.
Beliau merujuk kepada keputusan kajian Ikram Premier Consultings (Ikram) mengenai kesediaan klia2 baru-baru ini menunjukkan wujudnya lekukan di landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan berkala dilakukan ke atas kawasan tertentu.
"AirAsia juga percaya kesediaan beroperasi dan tempoh perpindahan lapangan terbang (ORAT) untuk menyokong operasi AirAsia akan memerlukan lebih daripada dua bulan seperti diberikan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Aireen berkata, tempoh perpindahan yang ditetapkan MAHB itu tidak realistik dan terlebih optimis. Katanya, ORAT untuk perpindahan dari terminal utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebih kecil.
"Selain itu, terdapat perkara utama berkaitan komersial, operasi dan perkara terbuka dalam kontrak yang masih dibincangkan antara AirAsia dan MAHB yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan ke klia2," katanya.
AirAsia berkata, kerja pembaikan akan “mengganggu operasi hab penerbangan seperti Kumpulan AirAsia yang mempunyai pergerakan 400 pesawat sehari dan sekurang-kurangnya 70 pesawat dalam kumpulan pesawatnya di LCCT”.
“Tahun lalu sahaja Kumpulan AirAsia membawa 22 juta penumpang melalui LCCT,” katanya.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pada 17 Mac Ikram Premier Consulting (IPC) mendapati terminal klia2 selamat untuk digunakan.
Kerja memperbaiki di klia2 mungkin menjejaskan operasi hab
penerbangan.Hishammuddin yang juga merupakan menteri pertahanan berkata,
laporan tersebut menyatakan beberapa kawasan persekitaran klia2
mengalami mendapan dan perlu diperbaiki segera meskipun tidak
mendatangkan kesan keselamatan kepada pengguna.
"Berdasarkan laporan awal tersebut, pihak perunding bebas berpendapat klia2 adalah selamat untuk digunakan dan akan dibuka seperti dijadualkan pada 2 Mei ini, namun keretakan pada turapan perlu diperbaiki mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA)," katanya.
Hishammuddin berkata, pada masa sama, menteri mengambil maklum bahawa fasa kedua penilaian pihak perunding bebas akan dijalankan pada 14 April iaitu tiga minggu sebelum pembukaan klia2 bagi memastikan aspek keselamatan di landasan, laluan teksi dan tempat letak kereta apron (bahagian hadapan) dipertingkatkan.
No comments:
Post a Comment