Kepimpinan Najib semakin
malap. Jelas sekali semakin ramai rakyat yang tidak suka dan tidak
yakin dengan cara beliau mentadbir negara.
Paling akhir kelemahan beliau
begitu ketara sekali ialah kegagalan kerajaan pimpinannya menguruskan
isu kehilangan pesawat MH370 dengan baik. Malah seluruh dunia
menyaksikan kelemahan Najib yang tidak berani berdepan dengan wartawan.
Beliau hanya hadir dalam dua sidang media berkaitan isu tersebut dan
lebih malang lagi beliau tidak berani berdepan dengan soalan wartawan.
Selepas membaca kenyataan bertulis dalam Sidang Media tersebut beliau
terus 'Caa Alif Buuut'.
Hari
ini portal Malaysiakini melaporkan bahawa satu tinjauan oleh firma
kajian bebas Merdeka Center menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia
menunjukkan sikap tidak puas hati ke atas kepemimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak.
Tinjauan pada bulan Mac itu menunjukkan 44 peratus dari 1,005 responden
memberi jawapan tidak berpuas hati dengan dengan kepemimpinan Najib.
Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratus berbanding hasil tinjauan Merdeka Center pada bulan Disember.
Bagaimanapun, kepercayaan pengundi kepada Najib kekal tidak berubah pada tahap 52 peratus.
MUTALIGAT