Mohd Sayuti Omar
Persoalan
di mana dan ke manakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239
penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu
hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini ialah berhubung
maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggahan di
antara satu sama lain. Bervariasi.
Kehilangan
tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan
berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram
dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan
berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam
tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac sudah
berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA)
Malaysia Aairline Syestem (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan,
Hishamuddin Hussein.
Turut
juga berkadas dan fakta 'berbolak balik' ialah dari pihak Polis di Raja
Malaysia (PDRM) yang diberikan oleh menterinya, Zahid Hamidi. Pihak TUDM
juga menyorong tarik analisa dan dapatan awal dari radarnya tentang
pesawat itu berpatah balik, kemudian dinafikan, kemudian diiyakan tanpa
dititik nokhtahkan.
Bermula
dari pecanggahan itulah ia membawa kepada percanggahan demi percanggahan
sampai ke hari ini. Iya mungkin menjadi betul apabila di mahsyar besok
apabila mulut dan lidah tidak lagi menjadi saksi? Percangahan fakta
dalam kes sebesar ini menjatuhkan imej negara ini di muka dunia. Semua
kehebatan yang kita rasa dan senandungkan selama ini, lenyap dalam
sekelip mata. Kemudahan first class telah jadi longkang class.
Begitu
juga mengenai ketahanan dan keselamatan negara. Gara-gara tidak ada
sistemetik, penyelarasan konkrit ataupun sikap acuh tidak acuh dan juga
ingin menunjukkan akulah... akulah, menjadikan semua malumat dan
kerahsiaan pertahanan negara sirna dan hancur sama sekali. Hari ini
mana-mana kuasa luar, sama ada kecil atau bessr yang ingin menyerang
negara ini, mereka boleh lakukan sambil pejam saja kerana semua pintu
masuk sudah dibuka atau mengetahui di mana letaknya kunci dan ruang mana
yang boleh diterobosi. Musuh bukan saja dapat menyuluh apa yang ada
dalam kamar tidur kita tetapi juga apa yang ada dalam kain sarung kita
laki bini.
Percanggahan
paling besar, ini menyukarkan dan meletakan Perdana Menteri, Najib
Razak dalam situasi genting dan seperti orang gila, ialah berhubung
pengumuman kononnya pesawat itu telah BERAKHIR di lautan Hindu. Terma
atau istilah yang digunakan itu menimbulkan keraguan kerana ia
disifatkan sebagai sudah tamat segala-galanya. Tamat segala-galanya
bererti pesawat itu terhempas dan semua penumpang mati.
Kesimpulan
nasib pesawat MH370, B700-200 itu dibuat berdasarkan kesimpulan dengan
penemuan objek dari data-data setalit Australia dan lain-lain. Yang
menghairankan dan gila babinya, Najib sendiri tidak melihat apakah
menantang objek berkenaan, apakah ia serpihan pesawat MH370 atau sirip
ikan pauh atau belakang jerung, tetapi beliau sudah membuat kenyataan
menamatkan segala penantian orang ramai dengan menyebut pesawat BERAKHIR
di lautan Hindi.
Macam
mana sesuatu yang belum pasti kita sudah memastikannya? Kubur tidak
boleh disiapkan tanpa ada mayat dikafankan. Apakah Najib sudah tidak
tahan dengan tekanan demi tekanan ke atasnya yang datang dari seluruh
dunia yang mahu kepastian mengenai pesawat itu, maka beliau memberi
jawaban berlapik dengan BERAKHIR dengan harapan tekanan mereda?
Awal-awal
lagi orang konfius dengan kenyataan dan hujah Najib. Untuk menampakkan
kebenaran disebalik hipotesis itu, mengatakan pesawat itu berakhir
beranologi terhempas, pihak media massa sudah diarah menyiarkan promo
bacaan ayat-ayat Quran di televisyen dan ucapan takzirah dimedia cetak.
Lebih gila dan tolol lagi, sudah ada institusi ulamak yang menganjurkan
sembahyang ghaib? Bukankah tindakan belasungkawa itu menunjukkan
persawat itu menjadi arwah bersama 239 penumpangnya?
Semua
tindakan dan keputusan (kenyataan) ini menunjukkan kebingungan semua
orang termasuk perdana menteri yang dinasihati oleh orang yang juga
bingung. Ia juga menyerlahkan seorang perdana menteri yang jahil dalam
bidang agama, manakala yang cerdik pula tidak berani menyatakan
kebenaran berdasarkan agama kerana bimbang elaun dan kemudahan kenderaan
dan rumah hilang. Apakah jenis para penasihat agama seperti ini? Yang
nyata mereka lebih busuk dari bangkai biawak dilanggar lori selama 24
hari.
Apabila
setelah lebih 10 hari, objek yang disangka serpihan pesawat MH 370
seperti dicerapi data setalit yang membolehkan Najib mengatakan pesawat
itu BERAKHIR di lautan Hindu tidak ditemui, kini sepupunya Hismuddin
cuba membetulkan dan membela kenyataan Najib. Setelah Najib ditekan
berhubung kenyataan itu Hshamuddin tampil menjadi Wak Yek, untuk membela
Najib dengan mempertahankan kenyataan Najib, yang Najib tidak sebut
terhempas atau semua mati, tetapi menyebut ia BERAKHIR di lautan Hindu.
Memang
Najib tidak sebut terhempas atau semua penumpang mati. Tetapi apakah
maksud dan pengertian BERAKHIR terma yang digunakan Najib itu?
Apakah
perkataan BERAKHIR digunakan itu adalah perkataan kaum bangsawan seperti
mereka berdua menunjukkan ia belum berakhir? Orang tidak faham bahasa
bangsawan, kalau perkataan BERAKHIR itu adalah bahasa digunakan Najib,
Hihsmuddin dan kaum kerabatnya. Najib harus sedar yang mendengar
pengumuman beliau bukan kaum bangsawan tetapi orang awam diseluruh dunia
yang memaksudkan BERAKHIR itu sebagai tamat. Tamat bererti semua mati.
Ini dikejapi lagi dengan ucapan takzirah daripada orang ramai.
Adalah
elok kalau Najib sendiri tampil untuk kali kemepat dalam tempoh 24 hari
kehilangan pesawat itu membetulkan terma yang digunakan atau perkataan
BERAKHIR itu. Jelasnya dengan berani dan bertanggungjawab dan jangan
sesekali bermain wayang di sebaliknya. Kebenaran itu tidak boleh ditusuk
selindung di sebalik sepata kata-kata. Jangan mengharukan pemikiran
umum dengan kata-kata menerminkan kita lemah dan pengecut.
Sekiranya
Najib tidak berani tampil membetulkan kepala orang yang semua bingung
dan gila gara-gara ketidakselarasaan dan ketelusan dalam memberi
penjelasan, nescaya ramai orang akan jadi gila dan sasau apabila
mengenang kehilangan pesawat berkenaan. Najib jangan jadi perdana
menteri yang berdosa. Sekiranya beliau tidak berani maka dengan
hormatnya lepaslah jawatan Perdana Menteri, sesungguhnya anda tidak
layak. Tempoh untuk Najib sebenarnya sudah BERAKHIR.
http://msomelayu.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment