اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 20, 2014

FAKTA YANG DIEMBUNYIKAN ..LEBUH RAYA PLUS WAJAR TURUNKAN TOL...100% HAKMILIK KERAJAAN & KWSP

 


Lebuh Raya PLUS Diswastakan, Bagi Halim Saad Lebih Baik?????



Lebuh Raya PLUS Tidak Perlu Diswastakan, Bagi Halim Saad  dulupun dah tapau...

Lebu Raya PLUS pemilik sekarang mungkin perlu diketahui siapa di belakang UEM dan kenapa ia membebankan pengguna meski dicanangkan PLUS adalah milik negara. Video di bawah operator PLUS dimaki hamun pengguna kerana kesesakan tetapi mengenakan kadar tol tinggi dan bakal naik lagi – Grafik The Star

Ramai ahli politik dan penganalisis bersetuju gesaan supaya lebuh raya terpanjang di Malaysia, yang terbentang dari sempadan Thai ke Singapura, dimiliknegarakan sebagai tidak logik memandangkan Lebuhraya Utara-Selatan itu sudah pun menjadi milik negara empat tahun lalu.

Ini berlaku apabila Plus tidak lagi disenarai di Bursa Malaysia selepas diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan melalui dua agensi – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan UEM Group Bhd, milik Khazanah.

Walaupun usaha kini dijalankan untuk mengeluarkan Plus daripada pemilikan kerajaan, ahli ekonomi dan politik bersetuju ia perlu terus berada dalam kerajaan, memandangkan Lebuhraya Utara-Selatan yang terbentang di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia, merupakan infrastruktur negara yang kritikal.
Tawaran baru-baru ini daripada Idaman Saga Sdn Bhd, yang dikata turut membawa masuk sebuah entiti lain berkaitan kerajaan, untuk mengambil alih pemilikan konsesi lebuh raya paling menguntungkan di negara ini, sekali lagi menyaksikan golongan politik, menggesa ia dimiliknegarakan.

Namun, mereka lupa lebuh raya sepanjang 772km, dan menjadi tulang belakang kepada rangkaian jalan raya di negara ini, serta semua lebuh raya dalam bidang kuasa Plus Malaysia Bhd, sudah pun menjadi milik negara sejak 2010, hasil gesaan rakyat.

Tawaran itu, tanpa harga tawaran daripada Idaman Saga, syarikat milik Tan Sri Halim Saad, antara lain, termasuk ‘gula-gula’ – tiada kenaikan bayaran tol sehingga akhir tempoh konsesi pada 2038. Ini juga akan menjimatkan kerajaan kira-kira RM64 bilion dalam nilai pampasan berikutan tiada kenaikan tol antara 2016 dan 2038.

Tawaran seperti ini sudah pasti membuka mata pemilik kenderaan.

Walaupun tiada butiran kewangan, harga tawaran dan pembiayaan untuk pembelian itu, penganalisis merasakan tawaran itu tidak berdaya maju untuk ditimbang secara serius.

Pemilik sedia ada – UEM Group Bhd dan KWSP sudah pasti tidak mahu berpisah dengan aset bernilai tinggi itu.

Penganalisis berkata, Plus Malaysia Bhd merupakan sasaran pengambilalihan yang menarik berdasarkan perniagaan itu menjana tunai yang besar serta potensi pertumbuhan yang kukuh.

“Plus sudah pun menjadi aset negara kerana ia milik syarikat berkaitan kerajaan, 51% oleh UEM Group dan 49% oleh KWSP. Ia tidak berbaloi untuk mengambil risiko dengan menswastakannya. Daripada segi daya saing, UEM berjaya mengurus Plus dengan baik. Plus memberi pulangan yang baik kepada pencarum KWSP, oleh itu tidak perlu menswastakannya,” kata David Ang Chin Tat, Pengerusi Gerakan Selangor.

“Kerajaan berusaha memenuhi kepentingan rakyat supaya aset penting ada masanya dimiliknegarakan bagi melindungi orang ramai. Orang ramai juga bermakna mereka yang bekerja untuk Plus, bukan sahaja pengguna lebuh raya.

“KWSP mewakili 14 juta rakyat Malaysia (yang mencarum). Mengapa KWSP perlu menarik diri daripada usaha sama itu? Saya tidak nampak perlunya (penswastaan) itu,” kata Ang.

Zakie Shariff, Pengarah FA Securities, berkata lebuh raya yang sudah mencapai tahap matang seperti Plus, status quo sedia ada wajar dikekalkan memandangkan ia merupakan syarikat swasta sebelum dimiliknegarakan menerusi KWSP dan UEM.

“Saya tidak nampak wajarnya pihak ketiga membelinya balik daripada KWSP dan UEM. Jika ada sesiapa yang mahu mengurangkan beban kewangan rakyat, kaji jalan antara bandar, jangan  hanya lihat Plus.

“Memandangkan kos sara hidup tinggi sekarang, tawaran untuk tidak menaikkan kadar tol dan penjimatan besar sangat menarik kepada orang ramai dan kerajaan,” katanya.

Sambil menegaskan mengenai perlunya memikirkan kepentingan jangka panjang dalam isu ini, beliau berkata KWSP dan UEM adalah dua agensi kerajaan dan usaha sama ini yang menyaksikan pemiliknegaraan PLUS pada 2010, sehingga kini berjaya mengurus Plus dengan baik.

“Mengapa aturan yang kini memberi manfaat kepada rakyat, diubah?” tanya seorang profesor ekonomi yang enggan namanya disiarkan, mengenai tawaran oleh Idaman Saga itu.

“Memang orang ramai tidak suka terhadap cadangan menaikkan tol oleh kesemua pemegang konsesi lebuh raya dan bukan hanya ke atas Plus,” katanya.

“Bagi Plus, walaupun ia milik agensi kerajaan, ia menjaga dan mengurus kemudahan awam sebagai entiti perniagaan,” katanya.

Namun, ramai penganalisis juga berpendapat berdasarkan konsesi tol yang semakin matang selain keuntungan yang dinikmati oleh pemegang konsesi , kerajaan perlu mengaji semula perjanjian bagi mengurangkan kekerapan kenaikan tol serta jumlah kenaikan. 

No comments:

Post a Comment