اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 20, 2014

Selangor tolak tawaran air N9 bersebab

 

Tolak tawaran air bersebab 

 Ravi (kanan) menyambut kehadiran Khalid ke Majlis Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Mari Makan Batu 6 Telok Kemang, semalam.
PORT DICKSON – Kerajaan Negeri Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menerima tawaran penjualan air daripada Kerajaan Negeri Sembilan.

Sebaliknya, mencadangkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengikut cara pentadbiran Selangor dengan memberikan air percuma kepada rakyat negeri itu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tawaran Mohamad sebagai kawan yang baik dan mesra ketika Selangor berdepan krisis air.

“Memandangkan kita tidak mahu membeli air yang ditawarkan, saya cadangkan agar beliau memberi air secara percuma kepada rakyat Negeri Sembilan.
"Ada yang menyelar tindakan saya itu, namun apa yang saya lakukan ini berasas,” katanya ketika sidang media selepas sesi Ramah Mesra Pemimpin PKR bersama masyarakat di Gerai Mari Makan Batu 6 Telok Kemang, semalam.


Hadir sama beberapa pemimpin dan calon PKR yang bertanding dalam pemilihan parti itu, antaranya Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Adun Port Dickson, M Ravi.

Abdul Khalid berkata, tawaran dibuat adalah terlalu sedikit berbanding dengan keperluan keseluruhan Selangor yang mana ia memerlukan sebanyak 100,000 juta gelen air sehari, selain kos kendalian urusan pembelian air sangat tinggi.

“Ia ibarat pemberian 10 sen berbanding penggunaan sepatutnya RM1. Jadi adalah lebih baik kita cari alternatif lain atau punca air lain dari Selangor ini demi kesejahteraan rakyat,” katanya.
Khalid turut memberitahu, satu sidang media mengenai pengurusan dan strategi penyediaan air sehingga Disember depan akan diadakan selepas pertemuan dengan  Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili. hari ini.

“Jadi orang ramai tidak perlu risau, lebih-lebih lagi kita bakal menikmati Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi. Kita mempunyai sistem khusus untuk menangani isu air ini,” katanya.



No comments:

Post a Comment