اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, April 20, 2014

Kes senjata api: Mejar TUDM ditahan di AS

 


0 Apr 2014


Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat Mejar, ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Mathis Field, di Texas, selepas dipercayai cuba menyeludup senjata api ke dalam penerbangan.

Laporan sebuah portal berita tempatan Texas, Bigcountryhomepage.com melaporkan pegawai berpangkat Mejar itu ditahan di dalam pesawat sebelum berlepas ke Dallas pada 16 April lalu.

Pegawai berkenaan dilaporkan akan dipindahkan oleh pihak berkuasa ke Lubbock, Texas.

Laporan berkenaan tidak menyatakan dengan jelas mana-mana peruntukan undang-undang, namun menyebut pegawai Malaysia itu yang berdepan dengan hukuman 10 tahun penjara.

Ia seterusnya menyatakan dengan terperinci bahagian peralatan senjata api serta pembungkusan barangan yang didakwa dikaitkan dengan pegawai tersebut.

Menurut laporan berkenaan, Agen Pentadbiran Keselamatan dan Pengangkutan Lapangan Terbang (TSA) dan kastam pada awalnya mengesan objek mencurigakan dalam bagasi pegawai terbabit.

Pihak berkuasa berkenan kemudiannya dilaporkan menemui bahagian peralatan pistol jenis Taurus PT-22 dan satu kelopak mengandungi lapan butir peluru 22mm. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment