ADUN
Kemasik, Ir Rosli Othman menafikan khabar angin bahawa beliau akan
keluar daripada Umno dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil bebas
seperti tiga lagi wakil rakyat daripada parti itu yang berbuat demikian,
lapor Bernama.
Manakala
Berita Harian melaporkan ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie dan
ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad turut menafikan mereka akan mengikuti
jejak langkah Ahmad untuk berhenti Umno.
Rosli
memberitahu Bernama melalui telefon bahawa beliau masih bersama Umno
bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil
rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.
Antara
mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang
daripada tiga wakil rakyat BN dari Umno yang keluar daripada parti itu
dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil
Bebas.
Bekas
Menteri Besar Terengganu yang juga ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said,
ADUN Ajil Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan
awal hari ini keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Ini
berikutan peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar semalam dan
majlis mengangkat sumpah jawatan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif
Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baru malam tadi.
Dengan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi DUN diikuti PAS (14), PKR (satu) dan tiga wakil Bebas.
Sementara
itu, sumber yang rapat dengan bekas menteri besar memberitahu
Malaysiakini bahawa sekurang-kurangnya dua lagi ADUN dijangka
meninggalkan Umno.
Mereka ialah ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan ADUN Pengkalan Berangan, Datuk A Latiff Awang.
Jika ia
menjadi kenyataan, maka jumlah ADUN Umno yang menjadi Bebas meningkat
kepada lima orang dan mengurangkan jumlah ADUN Umno di Dewan Undangan
Negeri kepada 12 orang.
-malaysiakini-
No comments:
Post a Comment