اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 13, 2014

Krisis Terengganu: PANAS dan tergempar berlaku malam ini!



SEBELUM itu, dikhabarkan ada ADUN yang telah istihar keluar parti UMNO karam itu telah membuat pusingan U dan menjilat ludahnya kembali. Itu yang diperkatakan sekarang. Betul atau tidak semua boleh berlaku dalam politik. Mungkin pertemuan tergempar malam ini dihidang dengan sogokan wang berguni dan seribu satu macam ancaman .. begitulah UMNO!



Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan salah seorang daripada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Terengganu yang sudah menjadi wakil rakyat bebas kembali kepada parti tu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu bagaimanapun tidak menamakan Adun yang kembali menyertai kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu itu.

“Kedudukan terkini Umno kembali kepada 15, PAS 14, PKR 1, dan calon bebas 2,” katanya kepada The Malaysian Insider.


Najib dan Muhyiddin bergegas ke Terengganu


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu di Putrajaya malam ini bagi meredakan ketegangan politik yang berlaku di negeri itu, lapor The Star Online.

Sumber memberitahu portal berkenaan, semua wakil rakyat kini dalam perjalanan ke Putrajaya untuk berjumpa Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi BN.

"Semua Adun dipanggil menghadiri mesyuarat malam ini bagi membincangkan mengenai pergolakan politik di negeri itu," katanya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Portal itu juga melaporkan perjumpaan akan turut membangkitkan perbincangan mengenai beberapa kemungkinan, antaranya pembubaran DUN.
Khabar angin mengenai pembubaran DUN dan pilihan raya negeri Terengganu semakin hangat di media sosial apabila Datuk Seri Ahmad Said digantikan dengan Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar Terengganu semalam.

Ia timbul selepas tiga Adun Umno – Ghazali Taib (Ajil), Roslee Daud (Bukit Besi) serta Ahmad sendiri mengisytiharkan diri keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
Sekaligus menjadikan kedudukan BN kini 14 kerusi, satu kerusi kurang daripada Pakatan Rakyat (15) daripada 32 jumlah keseluruhan kerusi DUN Terengganu.
Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid bagaimanapun berkata, undi daripada Speaker DUN tetap dikira sebagai wakil kerajaan pemerintah yang menjadikan kedudukan 15:15:3.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga dilaporkan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu untuk berjumpa dengan Ahmad bagi mencari jalan penyelesaian.

No comments:

Post a Comment