اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 13, 2014

GST- pihak yang tidak bertangungjawab



PM Najib beritahu pihak yang tidak bertanggung jawab jangan memutar belitkan mengenai GST.  Mengikut PM Najib:-
·         GST akan meningkatkan hasil kerajaan. Dan hasil ini akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk perbelanjaan keatas kemajuan dan pembangunan.
·         Rakyat tidak perlu risau kerana GST tidak dikenakan keatas suatu senarai barangan harian seperrti gula dan garam, tambang LRT, pendidikan dan sebagainya.


     Tambahan pula kalau tidak baik mengapa 160 buah negara sudah melaksanakan nya.
Berapa kali kita mahu menyanggah pandangan ini. Tanya mana2 akauntan mereka akan kata GST ialah kaedah mengutip cukai yang efisyen sebab cukai dikenakan pada setiap fasa dalam rantaian bekalan. Dari pengilang, kepada pemborong kepada peruncit dan akhirnya kepada pengguna. Pijak pembangkang memperkakui keefisyenan GST, PM wok.
GST bukan elemen kos. Ini pun kita faham. Setiap fasa bertindak sebagai ejen pengutip GST sahaja kepada kerajaan.
Dan kita tahu tapi PM dan kerajaan tak tahu:
·         Mereka akan lakukan ini dengan percuma.
·         Mereka akan tengok sahaja duit lalu depan mata.
·         Mereka tidak kenakan kos apa2 walaupun medahulukan bayaran kepada kerajaan.
·         Kerajaan kata dalam masa 14 hari, gerenti pendahuluan akan dikembalikan kepada ejen2.

INi semua berlaku dalam dunia impian. Kalau lah semua ini, berlaku, maka rakyat tidak perlu risau. Harga barang dan perkhidmatan tidak akan naik.
Tanya mana2 ekonomis, mereka kata harga sesuatu barang atau perkhidmatan tidak ada kaitan dengan GST. Harga ditentukan oleh permintaan dan perbekalan- demand and supply. Hanya jika kos naik, maka harga akan naik. Dan jika permintaan tidak anjal, orang berkehendakkan juga barang yang harga sudah naik, maka mereka akan menelan kenaikan kos tersebut dan bayar harga yang lebih tinggi. Maka berkatalah ahli parlimen BN- kalau taknak bayar harga tinggi, buat sendiri. Jangan beli kuih, buat sendiri. Tak suka pindah dari negara ini.
Tak ada pun pihak yang tidak bertanggung jawab mengatakan bahawa GST bukan efisyen wok weh. GST efisyen sebab ia ibarat pukat tunda yang mengokot segala benda dalam laluan nya. kecik dan besar semua kena. Sebab itu jika sekarang hasil dari cukai jualan dan servis sekitar RM16-17 billion, bila GST dilaksanakan, hasil dari GST sekitar 23-24 billion. Ini kastam Malaysia yang cakap. Kastam yang kutip cukai bukan firm akauntan yang kata tambahan hasil boleh mencecah 16-17 billion.
GST tidak ada kaitan dengan lari membayar cukai pendapatan.
Apa pasal ada perbezaan antara estimate kastam dengan estimate firma akauntan? Sebab kastam tahu, berkesan dan cekap macam mana pun, yang biasa lari dari membayar cukai akan tetap lari membayar cukai. Mereka lari dari membayar cukai pendapatan bukai cukai jualan dan servis. Dengan pengakuan ini, jelas lah, pelari cukai ialah mereka yang lari dari membayar cukai pendapatan.
Faham tak wok? Dibawah GST- semua kena bayar sebab semua jadi pengguna. Bila guna sahaja, kena bayar. Sebab itu ianya dinamakan cukai penggunaan. Tapi yang lari cukai ialah lari dari cukai pendapatan- tidak kena mengena dengan GST. Mereka tetap melarikan diri. dan jika yang ada lari dari kastam, mereka ini semua ada koneksi dengan ahli politik dan pemimpin UMNO atau dengan pihak kastam sendiri. Tangkaplah mereka, barulah lubang lari cukai ditutup. Angkat fail2 mereka di LHDN.
Rupa2 nya terdedahlah bahawa nilai menipu dan tidak bayar cukai pendapatan jauh lebih besar dari hasil cukai jualan dan servis. Dan bila SST diganti oleh GST, nilai cukai pendapatan yang tidak dibayar jauh juga lebih besar dari hasil GST.
Dengan ini, GST tidak ada kena mengena dengan perlarian cukai pendapatan. Nah- ini sebenarnya pihak yang tidak bertanggung jawab iaitu pelari dan pengelak pembayar cukai pendapatan. Syarikat2 besar, ahli perniagaan besar, syarikat kroni akan terus lari membayar cukai keatas pendapatan mereka. Bahkan, saya menjangkakan nilai cukai pendapatan yang dilarikan akan bertambah bila yang sudah biasa lari dari membayar cukai ini akan berusaha untuk mengimbangi bayaran cukai GST yang mereka kena bayar. Mereka akan kata- takpelah- kita bayar GST 2 juta, kita akan elak dari bayar cukai pendapatan sebanyak RM2 juta juga.
Pihak yang tidak bertangung jawab ialah kerajaan sendiri. Sebab:-
Mereka tak mengaku bahawa pelari cukai akan tetap melarikan cukai.
Sebab hasil dari GST akan bertambah hanya setakat RM6-7 bllion dan kalau lebih cekap mencecah RM16-17 billon. Katalah seara purata, GST akan menambahkan hasil sebanyak RM8 billion setahun.
Tak beritahu bahawa sebab sebenar nya ialah kerajaan dah pokai sebab belanja tidak berhemah.defisit kita untuk 2014 dijangka 40 billion.
Tidak beritahu bahawa kerajaan sekarang pening bagaimana nak meningkatkan hasil.
Berapa kali kita nak ulang kepada mereka yang bebal kepala- 160 buah negara melaksanakan GST kerana setiap negara mahukan lebih wang dalam tangan mereka. Tapi mereka mahukan wang untuk tujuan yang berlainan.
Negara dikttator di Afrika dan negara dunia ke4 yang lain mahukan lebih wang sebab dikatator nak buat bilik air bertatahkan emas dan maknikam- kepala paip dari emas, paip dari emas, katil dari emas, tempat duduk jamban dari emas. Negara lain pula mahukan wang yang banyak sebab belanja keatas kebajikan amat diperlukan. negara ini mempunyai perbelanjaan keatas pendidikan, perumahan, kebajikan dan faedah penggunran yang tinggi. Mereka benar2 dilihat membelanjakan keatas perkara kebajikan. Di Malaysia, kita tidak nampak perkara ini. Benefits pengangguran tidak ada, pendidikan tidak percuma, perumaham untuk pendapatan rendah amat sukar.
Cuba kita sedar sedikit. Defisit kita setiapa tahun sekitar 40 billion. Bolehkah  tambahan hasil RM8 billion kurangkan desit ini? Itu pun bukan semua dari RM8 billon ini akan digunakan untuk menutup defisit. Dari tambahan RM8 billion- RM4 billion digunakan untuk mendanai bayaran BR1M. baki RM4 billion tak termampu mengurangkan defisit kita yang bernilai RM40 billion.
Kalau GST ini akan memudaratkan BN- mengapa kita tentang? Biarkan sahaja sebab GST akan menyumbang kepada kejatuhan kerajaan BN. betul atau tidak?
Tak betul- sebab kita tidak mahu rakyat menanggung beban kos kehidupan yang tinggi sekarang bukan nanti 4-5 tahun lagi setelah menderita baru nak tukar kerajaan. Jika penderitaan boleh kita elakkan sekarang, dan kita tidak melakukan apa2 , maka itulah sebenarnya sikap yang tidak bertanggung jawab.


No comments:

Post a Comment