اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 13, 2014

Pakar Undang-Undang Dedah Kaedah BN Terengganu Terus Kekal Memerintah Walaupun Kurang Majoriti



Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang baru dilantik malam semalam mungkin berpeluang menguji sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) sekaligus kekal menerajui pentadbiran negeri.
Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram (gambar) berkata, Ahmad Razif boleh meneruskan tugasnya melantik penasihat eksekutif untuk mentadbir negeri daripada terus bimbang mengenai kedudukannya.
"Kerajaannya tidak akan runtuh begitu mudah. Menteri besar itu boleh pergi ke DUN untuk menguji tahap sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap pandangan peguam dan pakar akademik bahawa DUN akan bersidang tidak lama lagi untuk menentukan sama ada Ahmad Razif memiliki kuasa sah untuk kekal sebagai menteri besar Terengganu.
Katanya, tidak penting sama ada Barisan Nasional (BN) kini dilihat sebagai kerajaan minoriti atau hilang sokongan selepas tiga wakil rakyat mereka bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.
"Mungkin dalam dua atau tiga bulan lagi dia akan selamat dengan mendapat sokongan undi daripada wakil bebas," katanya.
Upacara pembukaan sidang DUN penggal kedua pada bulan lalu dirasmikan Sultan Terengganu dan sidang DUN akan datang dijadualkan pada Jun atau Julai.
Sehingga kini, tiga Adun BN termasuk Datuk Seri Ahmad Said keluar daripada Umno, sekaligus menjadikan BN kini tinggal 14, kerusi DUN Pakatan Rakyat (15), Bebas (3).
Sementara itu, peguam Edmund Bon (gambar) berkata, parti membentuk majoriti boleh menulis surat kepada Speaker DUN supaya diadakan persidangan bagi menentukan sama ada Ahmad Razif mempunyai sokongan.
"Perkara ini dibenarkan dalam peraturan dewan dan Speaker perlu bertindak adil jika majoriti mahukan sedemikian," katanya.
Edmund yang juga peguam kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semasa krisis Perak pada 2009 berkata, Adun juga boleh menghadap sultan memohon calon mereka dilantik sebagai menteri besar jika sokongan terhadap Ahmad Razif dinafikan majoriti Adun.
"Sultan boleh melantik menteri besar baru jika baginda dapat diyakinkan yang Ahmad Razif tidak lagi mendapat sokongan majoriti," katanya.
Katanya, pelantikan tanpa persetujuan DUN boleh dilakukan berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan 2010.
Krisis Perlembagaan timbul ekoran pertikaian pembentukan kerajaan BN Perak pada Februari 2009.
Ia bermula apabila tiga Adun Pakatan Rakyat (PR) berpaling tadah dan menyebabkan kejatuhan kerajaan 10 bulan pentadbiran di bawah Nizar.
Tindakan itu mengikat kedudukan PR dan BN sama rata 28-28 kerusi.
Sultan Perak bagaimanapun menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya negeri.
Sebaliknya BN dengan sokongan Adun Bebas yang mesra BN berjaya membentuk kerajaan baru dan mendapat tentangan hebat PR.
Kemelut antara Nizar dan menteri besar baru Datuk Seri Dr Zambry Kadir kemudiannya dibawa ke mahkamah, namun Mahkamah Persekutuan pada tahun 2010 mengesahkan pelantikan Zambry dan memutuskan tindakan sultan itu betul selepas berpuas hati dengan sokongan majoriti yang diterima Zambry.
Keputusan panel lima hakim itu berpendapat perdana menteri, menteri besar atau ketua menteri tidak semestinya perlu mendapat sokongan ahli Dewan. ~tmi

No comments:

Post a Comment