اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, May 24, 2014

Bongkar!! Rupanya Anak Pegawai Kanan Polis Ini Hidup Mewah Walaupun Tidak Bekerja?

 


Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R Sri Sanjeevan mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis memiliki aset kekayaan melebihi RM2 juta.
Sanjeevan berkata, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau tidak memiliki sebarang pekerjaan.
“Dia memiliki dua buah kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain turut mempunyai enam akaun peribadi yang kesemuanya berjumlah melebihi RM500,000.
“Hasil siasatan pihak MyWatch mendapati pekerjaan terakhir dia adalah pada tahun 2008,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sebuah restoran di ibu negara hari ini.
MyWatch turut mendedahkan transaksi akaun anak lelaki tersebut yang datang daripada sebuah syarikat senjata api yang berpangkalan di Malaysia Timur.
Sehubungan itu, MyWatch menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat sumber kekayaan luar biasa lelaki terbabit.
Tambahnya, beliau mendapat maklumat berkenaan setelah menerima bungkusan yang dialamatkan ke pejabatnya oleh seorang individu yang tidak dikenali pada awal bulan ini.
Datuk Hamzah Taib -Sabah Police Commissioner“Saya mahu siasatan terperinci dibuat segera sumber kewangan beliau kerana mampu memiliki pelbagai aset dalam usianya dan tidak bekerja bahkan saya turut akan membuat laporan kepada pihak SPRM pada minggu hadapan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Sanjeevan turut mengulas pertanyaan media mengenai kes tembak terhadap dirinya, Sanjeevan berkata siasatan terhadap kes itu telah dihentikan.
“Saya berasa kesal kerana siasatan telah ditutup maknanya sekiranya saya terbunuh ketika kejadian itu, bererti tiada siasatan lanjut yang akan dibuat bagi mengetahui kebenaran sebenar,” tegas beliau. ~fmt

No comments:

Post a Comment