اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, May 24, 2014

KJ minta maaf secara PERIBADI, DAP kata mesti secara TERBUKA

 

DAP menolak permohonan maaf Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin atas ancaman dan tindakan anggota pergerakan itu yang melakukan kerosakan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur semalam.

Pemimpin DAP Ong Kian Ming berkata, permohonan maaf yang dibuat Khairy secara peribadi padanya tidak dapat diterima dan mereka mahu ia dibuat secara terbuka.

Khairy berkata, beliau telah memohon maaf kepada Ong melalui pesanan peribadi di Twitter yang mempertahankan hak anggotanya memprotes tetapi memohan maaf atas kejadian vandalisme yang berlaku.

Dalam perhimpunan semalam, papan tanda besar DAP dirobohkan oleh sekumpulan peserta yang turut mengancam mahu membakar ibu pejabat parti lawannya itu.


Dalam sidang media di Putrajaya hari ini, Khairy berkata, beliau juga menawarkan untuk membayar untuk kerugian yang berlaku itu.

Ong bagaimanapun berkata, oleh kerana tindakan semalam dibuat secara terbuka, permohonan maaf juga patut dibuat secara terbuka.

“Permohonan maaf secara peribadi tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini. - Malaysiakini

Malaysia Chronicle.



Zar Ali III Kita harus mengucapkan "SYABAS" kepada Menteri KJ yang bersedia untuk memohon maaf, ikhlas tidaknya - itu urusan Allah SWT.... ORANG YANG MEMOHON DIATAS KESILAPANNYA, ADALAH LEBIH MULIA DARIPADA ORANG YANG TIDAK MENERIMA MAAFNYA ITU..

No comments:

Post a Comment