اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, May 24, 2014

UTUSAN MELUTUT MOHON MAAF KEPADA TAN SRI KHALID IBRAHIM KERANA MENYIARKAN ARTIKEL CUBA MENGAIBKAN BELIAU BERTAJUK " KHALID DIMAKI AHLI PKR" PADA 17 MEI LALU

 





Utusan Malaysia hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana menyiarkan artikel bertajuk “Khalid dimaki ahli PKR” pada 17 Mei lalu.

Dalam ruang kecil halaman kelapan akhbar itu, pihak penerbitan Utusan memaklumkan mereka  kesal kerana menerbitkan laporan yang menimbulkan reaksi kurang senang dan mengaibkan Khalid itu.

“Utusan Malaysia kesal atas penerbitan tersebut yang telah menimbulkan rasa kurang senang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas kesilapan tersebut,” permohonan maaf itu dipetik.

Akhbar tersebut juga berjanji tidak akan menerbitkan laporan seperti itu lagi pada masa akan datang.

Utusan pada 17 Mei lalu melaporkan Khalid dimalukan oleh ahli PKR apabila beliau dimaki hamun seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon timbalan presiden PKR itu sebagai penipu kerana melakukan perkara bercanggah dengan etika lembaga disiplin dan Jawatankuasa Pemilihan Parti.

Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah dilapor menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor turut terkejut melihat Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Zulkifli Abdullah sudah pun dipecat dari KeADILan ekoran sikap biadap melampaunya itu.

No comments:

Post a Comment