اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, May 24, 2014

Orang Orang yang tidak Bersyukur.






Sanggup atau tidak kita menggelar bapa kemerdekaan , Tunku Abdul Rahman sebagai tidak bersyukur? Dia dulu UMNO, jadi presiden UMNO, jadi PM. Keluar UMNO sedudah mencapai semua itu. Tentulah Tengku Abdul Rahman manusia yang tidak bersyukur, beterima kasih. UMNO dah jadikan dia presiden, jadi PM, tapi dia keluar juga. Tunku Abdul Rahman, manusia yang tidak bersyukur.

Hussein Onn jadi presiden UMNO, dan jadi PM. Keluar UMNO dan mati pun bukan dalam UMNO. Hussein Onn pun manusia yang tidak tahu bersyukur.
Tan Sri MOhamad Mohd Taib, jadi naib presiden UMNO. Jadi ketua bahagian. Jadi MB Selangor. Keluar UMNO masuk PAS. Tan Sri Mat Tyson manusia yang tidak tahu bersyukur.
Manusia yang paling tidak berterima kasih dan tidak bersyukur ialah Nabi Musa Alaihissalam. Semasa kecil, hanyut dalam sungai. Di selamatkan oleh permaisuri Firaun. Membesar oleh ehsan dan kasih sayang firaun dan isteri. Akirnya menentang Firaun yang dianggap Tuhan oleh rakyat Mesir ketika itu.
Kalau kita selidiki dengan halus, pemberontakan, penolakan dan melawan UMNO oleh 3 tokoh Malaysia sama dengan prinsip disebalik pemberontakan, penentangan Nabi Musa terhadap Firaun.
Semua mereka menjadi penegak kebenaran dan melawan pemerintah yang menganiaya dan membohongi rakyat. kerajaan yang rasuah dan menunggang atas nama agama, bangsa dan tanah air untuk merompak kekayaan negara.
Prinsip nya, menggigit tangan yang menyuap dibolehkan dan boleh dijustifikasi bilamana penyuap itu sudah menyimpang jauh dari kebenaran dan kebaikan.
Oleh yang demikian, orang Melayu tidak perlu dengar cerita dongeng puak UMNO yang menyatakan calun DAP Teluk Intan, Melayu bangsa nya, Islam agama nya yang berlawan dengan calun BN yang bukan Melayu.
Pertentangan calun Pakatan Rakyat dari DAP mewakili komitment untuk menegakkan budaya tataurus kerajaan yang baik, melawan rasuah, salah guna kuasa, keangkuhan puak yang berkuasa, menentang pembulian oleh mereka yang dilindungi oleh UMNO dan kerajaan. Menyokong calun Pakatan Rakyat bererti meraikan kemenangan amar makruf keatas kemungkaran yang diwakili oleh UMNO.
Yang ini kita besyukur. Kita bersukur puak desperado UMNO merempuh dan menceroboh masuk kedalam dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kita bersukur puak pemuda UMNO mengugut untuk membakar bangunan ibu Pejabat DAP.
Semua perlakuan ini, menunjukkan bahawa UMNO melindungi keganasan apabila menyedari rakyat sudah menolak mereka. Pengajaran ini dilihat dan dipelajari oleh pengundi di Teluk Intan.
Tidak syak lagi pada 31 Mei ini, mereka akan keluar beramai ramai menolak parti yang menyokong keganasan dan tektik jahat untuk menang.
Orang Melaka kalau lama tak jumpa kawan akan berkata- hoi lahabau, cilaka, lama tak jumpe, ingatkan dah mati.

No comments:

Post a Comment