اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 20, 2014

Ibrahim Ali Kena Tendang..

 

Penasihat Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu tidak akan menggunakan gambar calon DAP di Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud dengan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali sebagai bahan kempen.

Parti itu, katanya, lebih berminat mengetengahkan kekuatan calonnya Datuk Mah Siew Keong sebagai seorang pemimpin berpengalaman.

“Kami tidak akan guna taktik sebegitu,” katanya dalam sidang media di Teluk Intan.Perang dalam alam maya sempena pilihan raya kecil Teluk Intan berterusan, kali ini gambar Dyana dengan Ibrahim pada satu majlis kini beredar di Internet.

Ia mencetuskan persoalan berhubung hubungan Dyana dengan Ibrahim, yang sering dikritik oleh DAP yang mengaitkannya dengan sikap dan garis politik perkauman.

Ibrahim pula mengalu-alukan Gerakan supaya menggunakan itu sebagai kempen menolak calon DAP, seperti dilakukan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sebelum ini.

Sementara itu, Dyana pula ketika diminta mengulas isu sama berkata, terpulanglah kepada Gerakan jika mahu menggunakan gambarnya dengan pemimpin kumpulan pendesak Melayu itu.

Katanya, gambar itu tidak menandakan beliau bersetuju dengan ideologi PERKASA yang dikaitkan dengan isu perkauman.

Dyana berdepan Mah dalam pertembungan satu lawan satu pada pengundian 31 Mei ini. ~mk


Addin:

Manusia kalau bermaruah tidak akan menggunakan senjata itu sebagai modal pilihanraya..



No comments:

Post a Comment