اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 20, 2014

MALU UMNO! Serangan terhadap Kristian: Paderi dan rahib palsu turut digunakan

 

Ramai mempertikaikan integriti Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan kumpulan yang dikaitkan dengan sesi menyemai kebencian terhadap Kristian dalam majlis yang diselubungi penyelewengan.

Pembetulan. Bohong bahasa yang sangat sopan dalam situasi ini. Sebaliknya mereka berdusta dan menipu.

Semakan yang dilakukan The Malaysian Insider dengan pihak berkuasa agama di Indonesia menunjukkan L S Mokongita bukannya bekas paderi Katolik yang memeluk Islam seperti didakwa. Ya, beliau merupakan orang Islam tetapi tidak pernah menjadi paderi.

Hakikatnya juga adalah Irena Handono juga bukan bekas rahib namun mengapa pendustaan ini dibiarkan berlaku untuk memberikan imej yang buruk kepada Kristian?


Cara penipuan dan kejahatan untuk menyebarkan kebencian: Carilah seseorang dengan “penampilan yang berkredibiliti dan berpengetahuan” seterusnya tujukan mereka ke arah sasaran.

Apakah ada “peluru” lebih baik untuk dilancarkan kepada Kristian sebagaimana yang didakwa “bekas” paderi dan rahib itu?

Irena pernah tinggal di convent sementara sebelum meninggalkannya. Paderi dan rahib biasanya menghabiskan masa bertahun-tahun sebelum layak mengajar di sekolah, berkhidmat kepada orang miskin dan kurang bernasib baik atau menghabiskan masa dengan bersembahyang.

Dengan hanya tinggal sekejap di convent dan mendakwa sebagai rahib ia mirip seperti menuntut di sekolah undang-undang selama setahun dan kemudiannya mendakwa mempunyai kelayakan sebagai peguam.

Irena sekarang bahagia melancong dengan menyebar kebencian terhadap Kristian. Semoga berjaya dalam percutian yang penuh dengan pembohongan namun jika semakin jelas pembohongan itu, integriti anda dan moral juga sudah tidak dihiraukan.


Pihak gereja Indonesia berkata, Mokongita tidak pernah menjadi paderi namun lelaki ini berani bercakap bagi pihak gereja untuk menggesa penganut Kristian meninggalkan agama mereka.

Banyak perkara yang tidak kena dalam sesi kebencian yang berlaku di UiTM. Bibit kebencian yang dimainkan kepada agama adalah salah. Universiti diguna untuk meracun fikiran anak muda adalah salah.

Menjemput seseorang yang menyamar memberikan ceramah sedemikian juga jelas satu kesalahan.
Namun, kita cuma boleh melihat apabila tiada lagi integriti, segalanya mungkin. Penipuan, pembohongan dan penyelewengan. –TMI

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com


No comments:

Post a Comment