اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Tuesday, May 20, 2014

Siapa Mengkhianati siapa?


Tidak syak lagi UMNO bengkrap modal untuk bahan kempen di PRK Teluk Intan. Malam tadi, ada desas desus UMNO atau penyokong mereka akan sibar video ibu calun bercium dengan lelaki. Ini mesti vintgage porn ke  apa. Inikah yang terbaik dapat UMNO lakukan? 

Tapi kepala biul UMNO, mereka akan lakukan apa sahaja untuk menang. Tidak ada yang mustahil dengan parti yang lebih rela berkawan dengan syaitan daripada malaikat.

Yang bertanding ialah anak, yang jadi mangsa ialah emak nya. ini betul2 macam perlakuan golongan feudal zaman dahulu- jika anak dituduh bersalah, habis satu keluarga dimusnahkan. Perbuatan yang UMNO lakukan sama seperti yang dilakukan oleh golongan feudal zaman dahulu- disebabkan fakta bahawa UMNO itu sebetulnya, sebuah parti politik feudal.
Modal besar UMNO dalam PRK Teluk Intan ialah isiu perkauman. Dyana Daud diletak sebagai hiasan oleh DAP. Hiasan tak hiasan, memang objektif DAP ialah meningkatkan keyakinan orang Melayu. Sama seperti UMNO letak MCA, MIC dan Gerakan- semua itu perhiasan untuk UMNO untuk tujuan yang sama- memancing pengundi bangsa bukan Melayu. Kenapa ianya boleh dilakukan oleh UMNO tapi tidak boleh dilakukan oleh parti DAP? Ianya bukan suatu jinayah.
Inilah pemikiran orang Melayu peringkat JKKK. Bila takde Melayu dalam DAP, dia kata DAP parti rasis. Tapi dia tidak beri Melayu masuk DAP. Bila Melayu masuk DAP, dia akan kata, Melayu itu perhiasan dan pengkhianat bangsa.
Mengenai bab pengkhianat ini orang UMNO memang cukup handal. Sebab mereka pengkhianat bangsa Melayu yang paling besar. Tanah reseb Melayu yang dahulu nya ada 3 juta hektar, sekarang hanya tinggal separuh. Yang jual ialah pemimpin UMNO. Ini khianat kepada bangsa Melayu.
Daripada RM54 billion nilai saham yang UMNO agihkan kepada golongan terpilih, sekarang hanya tinggal RM2 billion. RM52 billion telah dijual kepada bangsa lain- siapa yang pengkhianat kepada bangsa Melayu?
Tahu lalu, TNB sebut mereka untung berbillion Ringgit- tapi hari ini Najib kata, tariff kena naik kerana hendak selamatkan TNB. Bagaimana kita terangkan kontradiksi ini? Kata untung tapi kena naikkan tariff kerana hendak selamat?
Malang yang menimpa TNB ini ialah kerana perjanjian berat sebelah antara IPP dengan TNB yang dipaksakan oleh Mahathir, mamak padukang yang hari ini bercakap mengenai Melayu. Panddy kutti betul!.
TNB kena beli letrik pada kadar 19 sen seunit  dan jual pada pengguna pada harga 15 sen seunit.  Ini perniagaan apa? IPP tidak ada kos operasi bahkan beli gas pun dapat sabsidi. Siapa yang pengkhianat? Yang pengkhianat kepada negara ini ialah orang yang paksa TNB beli kuasa dari IPP ini. Ini bapak pengkhianat.
Jadi bila dalam bab penghkhinat ini, UMNO tidak ada otoriti moral hendak bercakap mengenai pengkhianatan. Pengkhianatan dan UMNO adalah sinonim.
Orang UMNO macam tak reti bahasa- mengapa tidak boleh menerima bahawa bukan semua orang Melayu mahu dekat dengan UMNO?  Orang yang berada diluar UMNO tidak boleh diadili dengan piawai yanga ada pada UMNO- semua tak boleh pakai. (1) kepada UMNO- Melayu itu mesti ahli UMNO (2) Melayu itu mesti sokong UMNO. Yang susah sangat UMNO terima bahawa ada lebih ramai Melayu tidak berada dalam UMNO ini mengapa? Jika Melayu ini memilih untuk tidak menyertai UMNO, adakah kurang keMelayuan mereka? Mengapa UMNO macam orang terencat akal sukar memahami hakikat ini?
UMNO cakap besar bahawa orang Melayu kembali menyokong mereka. Dalam PRU13, jumlah undi yang UMNO dapat ialah 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO pun 3.4 juta. Apa sudah jadi kepada 200,000 pengundi ahli UMNO? Mereka tidak menyokong calun UMNO?
Mustahil dari 3.2 juta ini, pengundi UMNO semua nya orang melayu. Bangsa bukan Melayu pun mengundi caluni UMNO. Kalau kita andaikan bahawa 80% dari undi yang calun UMNO dapat datang dari bangsa Melayu- maka orang Melayu yang mengundi calun2 UMNO ialah 2.6 juta sahaja.
Jumlah undi yang BN dapat ialah 5.24juta. dari jumlah ini, berapa agak nya pengdundi Melayu? Katalah 60%. Maka jumlah orang Melayu yang keluar menyokong UMNO ialah 3 juta orang.
Maxima UMNO dapat ialah 3 juta undi orang melayu.  Sekarang daripada 11.23 juta pengundi yang keluar mengundi dalam PRU13, berapa orang Melayu. 60%? Jika 60% maka jumlah pengundi Melayu ialah 6.74 juta. Tolak 3 juta Melayu yang undi UMNO, ada 3.74 juta orang melayu yang tidak undi UMNO. Maka bila UMNO kata orang Melayu sudah kembali kepada pangkuan mereka, itu adalah suatu pembohongan yang paling besar.
UMNO ada 3.4 juta ahli. Yang bising hiruk pikuk tak sampai 15 ribu Melayu yang jadi ahli DAP itu mengapa? Bagaimana 15 ribu Melayu ini menggugat 3.4 juta soldadu UMNO?

sakmongkol.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment