Amirul Ashraff
TELUK INTAN - Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil )PRK) teluk Intan
Dyana Sofya Mohd Daud mendakwa kerajaan Barisan Nasional menipu rakyat
apabila mengeluarkan kenyataan bahawa peningkatan kos sara hidup
bukanlah suatu pilihan.
Menurut Dyana, hasil kajian yang dilakukan sebelum ini mendapati penduduk Teluk Intan juga dihimpit masalah lain termasuk gejala rasuah dan kenaikan tarif elektrik yang turut membebankan mereka.
"50 peratus daripada hasil kajian mendapati isu penting adalah kenaikan harga barang dan 16 peratus mengatakan rasuah juga isu yang penting bagi penduduk Teluk Intan akan tetapi malangnya kerajaan BN tidak bersimpati dengan mereka.
"Contohnya Perdana Menteri telah menaikkan tarif elektrik beberapa hari lepas sedang ianya sudah dinaikkan sebanyak 15 peratus pada januari tahun ini dan alasan yang diberikan jikalau tidak naik pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan kerugian dan kerajaan menanggung kos tersebut,"katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Operasi Utama DAP, hari ini.
Turut hadir pada sidang media ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, ADUN Petaling Jaya, Tony Pua, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan pucuk pemimpin parti DAP.
Tambah Dyana, beliau turut kesal dengan langkah TNB menaikkan tarif elektrik sungguhpun mencatatkan keuntungan konsisten sebanyak RM4.4 bilion pada 2012 dan RM4.6 bilion pada 2013.
Mengulas mengenai gambar yang disebarkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, Dyana menayatakan beliau tidak kisah dengan tindakan tersebut dan terpulang kepada pengundi untuk menilai perkara tersebut.
"Silakan sekiranya mereka mahu. Segalanya terpulang kepada para pengundi untuk mengundi pada hari pengundian nanti," katanya.

No comments:
Post a Comment