Kemenangan Dyana mampu buat BN mansuhkan GST
Ahli
Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (gambar) hari ini meramalkan kemenangan
calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk
Intan mampu menyebabkan penangguhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) yang bakal dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Johor itu berkata, PRK Teluk Intan dilihat sebagai pertandingan paling sengit yang bakal dihadapi DAP namun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) melakarkan kejayaan ia dapat memberikan impak ke atas situasi politik dan polisi ekonomi BN.
"Sekiranya DAP menang, maka BN terpaksa merombak pelbagai isu termasuk pelaksanaan GST, tetapi jika kita kalah, kesannya adalah sangat besar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, bagi penduduk Melayu yang tinggal di kawasan separuh bandar di Teluk Intan, kebanyakannya berpendapatan rendah dan akan terkesan dengan kenaikan harga minyak, elektrik dan pelaksanaan GST selain masalah kekurangan kerja di kalangan belia.
"Saya dapat meramalkan kemenangan Pakatan bermaksud Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terpaksa memikirkan dua kali berkenaan polisi ekonomi.
"Saya tidak akan terkejut sekiranya pelaksanaan GST akan dimansuhkan atau tidak dilakukan sekiranya Dyana menang di PRK," katanya.
Sehubungan itu, katanya, PRK Teluk Intan ini dilihat begitu penting apabila kemenangan PR akan menghantar satu lagi gelombang kepada kerusi separa bandar BN di selatan Kedah dan Perak serta utara Selangor dan Johor yang mempunyai persamaan dalam corak pengundi.
"PRK Teluk Intan merupakan petunjuk penting negara bagi Pilihan Raya Umum ke-14 dan referendum GST di mana ia perlu diberi perhatian oleh rakyat Malaysia," katanya.
Selain itu, beliau merujuk ketika PRU13, menyaksikan berlakunya tsunami pengundi bandar yang memberi sokongan kepada PR, namun situasi itu tidak berlaku di kawasan luar bandar.
Maka, katanya, calon DAP itu mampu meningkatkan undi di kalangan belia Melayu tanpa menghilangkan sokongan bukan Melayu.
"Dyana Sofya mampu menarik pengundi tambahan iaitu pengundi remaja Melayu termasuk mendapat sokongan bukan Melayu.
"Ini dapat memberikan ancaman dalam sebahagian kelompok kecil kerusi Barisan Nasional (BN) di selatan Perak," katanya.
Beliau berkata, DAP khuatir terhadap kemungkinan kekalahan dalam PRK Kajang yang berlaku.
"Dyana melawan calon yang amat kuat, iaitu presiden dalam komponen BN dengan situasi parti itu yang dipenuhi dengan wang dan jentera kerajaan.
"Kita bagaimanapun tetap teruja kerana ia adalah peluang melihat satu lagi masa depan Malaysia," katanya.
LAGI INFO TENTANG GST :
Abaikan point no 20.
Sebab aku rasa point no 20 agak invalid untuk mengambarkan tindakan kerajaan kita ketika ini. Pada hakikatnya kepelbagaian product 1Malaysia dibuat bukan kerana GST pun. Lebih kepada nak meraih undian dan simpati rakyat berikutan kekalahan teruk BN dalam PRU yang ke 12 yang lepas. Pada tahun 2008. Masa tue BN tersentak dan terkejut beruk. Macam tak percaya hilang 4 negeri ;
- Perak
- Selangor
- Penang
- Kedah
Dengan pembangkang mengekalkan penguasaan di Kelantan. Sebelum BN menggunakan taktik kotor bagi merampas Perak. Drama yang sama juga berlaku di Terengganu baru2 ini dengan keadaan yang terbalik. BN pula yang hampir hilang kuasa di Terengganu. Nasib baik PAS tak bersikap kejam dan manipulatif macam BN. Kalau tidak mampos la ko BN. Beza 2 kerusi je tue.
Hehehe..
Apa pun untuk kita lebih faham mengenai GST dan kesan2nya terhadap rakyat apa kata baca dulu bagaimana SG melaksanakan GST di negaranya terlebih dahulu bagi tujuan perbandingan. Aku hampir bersetuju dengan point penulis namun penulis lupa memasukkan dua point yang tak kurang pentingnya juga iaitu ;
1. Tangga gaji rakyat Malaysia. Yang neh perlu diberikan perhatian khusus itu sebab GST di Malaysia tidak boleh dilaksanakan pada kadar 6%. Jika kerajaan mengambilkira tangga gaji rakyat Malaysia, GST kurang2 patut dilaksanakan pada kadar 3% ataupun lebih rendah lagi. Namun menurut Ahmad Maslan, tujuan kerajaan melaksanakan GST pada kadar 6% ialah kerana mahu memastikan ada lebihan kutipan cukai tadinya tue. Maksudnya pengantian kepada SST kepada GST. Jika tiada lebihan cukai baik tak payah ganti. Lebih kurang macam tue yang si Ahmad Maslan cuba gambarkan. Maka, aim kerajaan tak lebih tak kurang iaitu MENCARI WANG SEMATA2.
2. Kadar RASUAH dan PENYELEWENGAN DANA AWAM YANG SANGAT TINGGI di negara ini. Pemimpin2 di SG tidak terpalit dengan skandal rasuah dan pecah amanah. Di Malaysia ianya macam perkara biasa untuk membaca kisah menteri2 melakukan songlap sana sini. Ianya juga perkara biasa untuk penjawat2 awam misused dana awam atas tujuan peribadi. Lebihan wang cukai bermaksud lebih banyak wang yang pemimpin2 boleh songlap. Ini yang buat rakyat tolak GST.
Tolong la faham.
Baca ;
SINGAPURA MODEL PELAKSANAAN GST.
1. Kita sedia maklum bahawa Kerajaan Singapura mengenakan GST ke atas rakyatnya setelah negara itu mencapai taraf negara maju dengan pendapatan per kapita melebihi USD15,000. Pada tahun 1989, pendapatan per kapita Singapura (atas asas PPP) ialah USD16,356, pada tahun 1994 (bila GST mula dilaksanakan), ianya USD24,853 dan pada tahun 2012, ianya USD60,799.
2. Ini bermakna, rakyat Singapura memiliki disposable income (pendapatan boleh belanja) yang selesa untuk berdepan dengan GST.
3. Sebelum melaksanakan GST dalam tahun 1994, kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu di Singapura adalah tinggi, iaitu masing-masing 30 peratus dan 33 peratus (kadar marginal tertinggi). Kadar ini tidak kompetitif bagi pelaburan asing.
4. Oleh kerana negara miskin-sumber asli seperti Singapura amat memerlukan aliran masuk pelaburan langsung yang besar dan berterusan untuk menjana pertumbuhan ekonomi padar kadar yang relatif tinggi dan lestari dan untuk menyediakan pekerjaan bergaji tinggi bagi rakyatnya, maka kerajaan Singapura melihat bahawa, ia mesti menurunkan kadar cukai korporat dan individu ke satu paras yang kompetitif.
5. Langkah yang diambil Singapura ialah memperkenalkan GST bermula dengan kadar yang rendah yang akan dinaikkan secara beransur-ansur dan secara serentak menurunkan kadar cukai pendapatan juga secara beransur-ansur dan pada masa yang sama memperkenalkan offset package atau "pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah" bagi menumpulkan ketajaman darjah regresiviti dari GST itu ke atas rakyat berpendapatan rendah dan miskin.
6. Ini bermakna, kerajaan Singapura cukup perihatin terhadap tekanan GST lalu terus melaksanakan langkah-langkah menumpulkan (to neutralize) darjah regresivitinya.
Singapura Lebih Prihatin
7. Singapura mengenakan GST berkuatkuasa pada 1 April 1994 dengan kadar tunggal sebanyak 3 peratus, yang terendah di dalam dunia ketika itu. Pada ketika yang sama ia mengurangkan kadar cukai korporat dan kadar cukai pendapatan individu, juga sebanyak 3 peratus, masing-masing dari 30 peratus ke 27 peratus dan dari kadar marginal tertinggi 33 peratus ke 30 peratus.
8. Dalam fasa ini tujuannya bukan untuk meningkatkan pungutan cukai tetapi lebih kepada utuk mendidik dan bagi membolehkan rakyatnya menyesuaikan diri dengan cukai baru ini. Serentak (dalam tahun 1994), kerajaan Singapura juga menubuhkan Committee Against Profiteering (CAP) bagi menyiasat segala rungutan dan feedback mengenai perbuatan profiteering dan menaikkan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga dengan mengunakan pengenaan GST oleh kerajaan sebagai alasan.
9. Fasa pertama ini berlangsung selama hampir 9 tahun. Mulai 1 Januari 2003, kadar GST dinaikkan ke 4 peratus dan mulai 1 Januari 2004, ke 5 peratus. Mulai 1 Julai 2007, ia dinaikkan ke 7 peratus dan kadar ini kekal hingga sekarang.
10. Pada setiap kali kadar GST dinaikkan, maka kadar cukai langsung diturunkan dengan poin peratusan yang sama. Kerajaan Singapura terus menurunkan kadar cukai langsung selepas tahun 2007 tetapi mengekalkan kadar GST pada 7 peratus. Pada tahun 2010, kadar cukai korporat ialah 17 peratus sementara kadar marginal tertinggi cukai individu ialah 20 peratus.
11. Penurunan kadar cukai korporat dan cukai pendapatan individu bertujuan meletakkan kedua-duanya pada kadar yang internationally competitive bagi menarik pelaburan langsung asing dan buruh berpendidikan dan dan berkemahiran tinggi (pakar pelbagai bidang) masuk ke Singapura.
12. Penerusan dan pengekalan dasar ini bermakna Singapura menjadikan GST (cukai tidak langsung) sebagai sumber utama hasil kerajaan sekali gus mengelakkan beban cukai jatuh lebih berat ke atas rakyat Singapura berpendapatan rendah dan miskin.
13. Bagi meringankan beban ini, kerajaan Singapura mewujudkan offset package (pakej bantuan kepada rakyat berpendapatan rendah). Offset package mengandungi penurunan kadar cukai dan perlepasan cukai atas rakyat Singapura berpendapatan rendah, menurunkan cukai hartanah, memberi rebat ke atas bayaran sewa dan caj perkhidmatan dan caj konservansi atas perumahan awam dan menambahkan subsidi ke atas perkhidmatan komuniti, pendidikan dan kesihatan.
Kesan Penurunan dan Perlepasan Cukai
14. Kesan dari penurunan dan perlepasan cukai dan pemberian rebat misalnya, menyebabkan dalam tahun 1994, 70 peratus daripada individu yang sebelum perlaksanaan GST kena membayar cukai, tidak lagi membayar cukai selepas itu.
15. Apabila kesemua jenis cukai diambil kira (cukai korporat, cukai pendapatan individu, cukai hartanah, GST dan lain-lain cukai tidak langsung) maka di dapati:
(a) Golongan10 peratus paling atas dari bilangan isirumah Singapura menyumbang 38 peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut.
(b) Golongan 20 peratus paling atas dari bilangan isirumah Singapura menyumbang 52 peratus dari keseluruhan cukai yang dipungut.
(c) Golongan rakyat Singapura berpendapatan terendah menerima lebih besar bayaran pindahan (transfers) berbanding cukai yang dibayar.
(d) Golongan isirumah berpendapatan rendah hingga sederhana juga secara efektifnya menerima bayaran pindahan lebih besar dari cukai yang dibayar (negative tax).
16. Kajian menunjukkan bahawa di antara tahun 2006-2010 golongan 10 peratus paling bawah daripada isi rumah Singapura menerima pindahan bersih (pindahan yang diterima daripada kerajaan ditolak cukai yang dibayar kepada kerajaan) sebanyak 23 peratus daripada pendapatan mereka, golongan10 peratus kelima, sebanyak 0 peratus dan kadar cukai efektif bagi golongan 10 peratus paling atas dari isirumah Singapura hanya 11 peratus.
17. Apabila kadar cukai GST dinaikkan dari 5 peratus ke 7 peratus berkuatkuasa mulai 1 Julai 2007, didapati bahawa golongan 20 peratus paling bawah daripada isurumah Singapura membayar GST tambahan sebanyak SD370 setahun tetapi menerima offset package sebanyak SD910 setahun ditambah lagi dengan bayaran manfaat kekal sebanyak SD1,000 setahun.
18. Dalam tahun 2010, Kerajaan Singapura mendedahkan bahawa sebanyak 84.2 peratus dari pungutan GST disumbang oleh warga asing yang bermastautin dan bekerja di Singapura dan golongan 40 peratus paling atas isi rumah Singapura. Golongan 20 peratus paling bawah dari isi rumah Singapura hanya menyumbang 4 peratus dari GST yang dipungut.
19. Jelas bahawa Kerajaan Singapura telah secara sedar dan sistematik melaksanakan offset package serentak dengan pelaksanaan GST sehingga dapat mengekalkan darjah progresiviti cukai keseluruhan di Singapura. Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa lebih besar beban cukai ditanggung bila semakin tinggi pendapatan seseorang.
20. Berbalik kepada senario di Malaysia, sebenarnya Offset Package versi Malaysia sudahpun terlebih awal dilaksanakan melalui Produk-Produk 1Malaysia yang membantu meringankan beban masyarakat terbanyak. Cuma bagi keseimbangan jalur sosioekonomi masyarakat di harap Kerajaan Malaysia dapat mengurangkan kadar cukai yang lain agar golongan pendapatan rendah menikmati rezeki seimbang seperti rakyat Singapura.
Rujukan : sini.

Model Pelaksanaan GST Versi Singapura Yang Anda Mesti Baca.
Kepala hotak Nurul Asyikin

No comments:
Post a Comment