اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, January 24, 2015

CADANGAN ANUGERAH GELARAN TUN KEPADA TG DATUK SERI HJ. NIK AZIZ LEBIH BAIK BERI ROYALTI KEPADA KELANTAN


 

Anugerahkan gelaran Tun kepada Nik Aziz – Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Kita bersyukur kepada Allah YBhg Tuan Guru Datuk Seri Hj Nik Aziz, bekas menteri besar Kelantan pulih dari penyakitnya.

Tidak dinafikan Tuan Guru Hj Nik Aziz seorang tokoh terkemuka negara kita. Beliau berjasa begitu lama pada negeri Kelantan sebagai ketua kerajaan. Secara langsung atau tidak langsung beliau juga menyumbang banyak khidmat bakti kepimpinan beliau juga kepada seluruh negara dan rakyat.

Beliau meletakkan jawatan selaku menteri besar bagi memberi laluan kepada orang lain. Tidak ada sebarang cacat celanya kepada kepimpinan beliau yang begitu lama itu.

Beliau juga memberi contoh yang begitu ketara sekali bagaimana seseorang yang sangat berkuasa juga boleh hidup dalam keadaan yang serba sederhana.

Beliau begitu menyedari tentang khazanah dan hak-hak kepunyaan rakyat. Penghidupan beliau penuh dengan contoh baik bukan sahaja kepada pemimpin-pemimpin politik negara tetapi juga kepada seluruh rakyat.

Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan dengan segera menganugerahkan gelaran “Tun” kepada beliau.

Perbezaan pandangan politik seharusnya tidak menjadi halangan kepada perkara ini. Perbezaan pandangan politik, biasanya, perbezaan pendapat tentang kaedah yang sebaik-baiknya untuk membawa kebahagiaan dan kerahmatan kepada rakyat dan negara. Dalam hal ini khidmat dan jasa Tuan Guru Hj Nik Aziz adalah begitu jelas sekali.

Saya penuh yakin seluruh negara, tidak kira apa pandangan politik masing-masing, akan menghormati dan menerima baik penganugerahan tersebut kepada beliau. – 23 Januari, 2015.

* Penulis ialah mantan menteri kerajaan persekutuan. ~TMI

No comments:

Post a Comment