Seorang penyanyi lelaki era 1990-an dan seorang wanita yang
ditahan polis berhubung penemuan dadah di sebuah rumah, hari ini
dibebaskan dengan jaminan polis dan tempoh reman mereka tidak
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad ketika mengesahkan perkara itu berkata penyanyi berusia 43 tahun itu dibebaskan kira-kira 10 pagi tadi di Balai Polis Hulu Klang manakala wanita berusia 32 tahun itu dibebaskan di Balai Polis Pandan Indah.
Kedua-dua mereka ditahan Rabu lepas susulan serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat.
Mahkamah Majistret Ampang sebelum ini membenarkan tahanan reman empat hari ke atas mereka mulai hari berkenaan.
Kes itu mencuri perhatian apabila klip video yang memaparkan lelaki itu disuruh menyanyi dengan tangannya bergari ketika dalam tahanan tersebar di laman sosial.
Ia mendapat kecaman pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai tindakan membuli dan menjatuhkan maruah penyanyi itu.
Menurut Khairuldin, anggota polis yang dikaitkan dengan insiden itu telah diarah bertugas ke bahagian lain.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas jumlah sebenar anggota polis yang terbabit dalam kes rakam dan penyebaran klip video itu.
- Bernama
No comments:
Post a Comment