KONTROVERSI 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan dakwaan hutang sebanyak
RM41.9 juta serta lain-lain pertikaian, bukan perkara kecil. Seperti
biasa, jika isu seperti ini berlaku di negara selain Malaysia maka ketua
kerajaannya sudah meletakkan jawatan.
Di Malaysia, perdana menterinya
boleh bergelak ketawa bermain golf dengan presiden Amerika Syarikat
seolah-olah tiada apa berlaku.
‘Wanita
pertama’ pula boleh bebas melancong sambil membeli belah di mana jua.
Dunia hairan bagaimana banyak kontroversi besar melibatkan kewangan yang
banyak boleh berlaku dengan “selesa” di Malaysia tanpa menjejaskan
kedudukan kerajaan yang memerintah.
Timbalan Ketua Bahagian Umno Batu
Kawan Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan yang membuat laporan polis
terhadap kes 1MDB tiba-tiba mendapati rumahnya dilelong tanpa notis dan
penyitaan terlebih dahulu.
Memang orang yang tak bayar
hutang atau jadi penjamin terhadap hutang tidak berbayar akan terima
tindakan hartanya dilelong. Tapi dakwa Khairudin, lelong dibuat dahulu
sebelum beliau terima notis. Itu yang menghairankan.
Jika Khairuddin tidak buat laporan polis, adalah rumahnya akan dilelong sepantas itu?
Sebenarnya banyak lagi senarai
keanehan yang terdapat di negara Malaysia yang satu ini. Di Malaysia
seorang yang sedang menanti hukuman mati boleh bebas keluar negara
secara sah. Bagaimana kerajaan boleh mengeluarkan pasport untuknya?
Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah hairan bagaimana hal
ini boleh berlaku. “Saya hairan kenapa dia boleh keluar negara dan
Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar,” ujar
Muhammad Shafee. Sementara ramai pula di kalangan rakyat Malaysia yang
hairan mengapa peguam kanan itu hairan. Sepatutnya dia tidak hairan
kerana "Malaysia serba boleh.
Tiba-tiba kerajaan Australia pula
menegaskan tidak membenar kan pembunuh Altantuya dibawa pulang kerana
dasar negaranya yang membantah hukuman mati. Macam ada konspirasi dari
awal untuk membawa orang yang bakal dijatuhi hukuman mati ke negara
selamat. Hairan, siapa yang mengatur ini semua?
Di samping hairan mengapa
penunggu hukuman bunuh boleh bebas keluar negara, ramai yang hairan
mengapa bekas pelajar yang tidak lunaskan hutang PTPTN tidak dibenar
keluar negara.
Rakyat Malaysia yang tidak bayar
cukai pendapatan juga antara yang tidak bebas untuk keluar negara.
Pembunuh bebas berjalan seantero dunia, manakala penghutang pula dilayan
macam pembunuh.
Hairan.
Rakyat baru saja hairan dan
tertanya- tanya, siapakah dia penumpang misteri yang menggunakan pesawat
negara 9M-NAA mengelilingi dunia penghujung tahun lalu hingga awal
tahun ini. Pesawat Airbus 319 kontroversi tersebut direkod menggunakan
laluan Honolulu – Los Angeles – Indianapolis – Los Angeles – New York –
Dubai – Bangkok dan kemudiaan pulang ke Kuala Lumpur. Pesawat khas milik
negara itu hanya digunakan untuk pengangkutan khas Yang di- Pertuan
Agong dan perdana menteri.
Hairannya, hanya laluan ke
Honolulu disertai Najib. Selebihnya tanpa Najib. Sehingga kini kerajaan
masih takut untuk mendedahkan siapakah penumpang misteri yang
menghairankan itu dan membazirkan kira-kira setengah juta ringgit wang
negara.
Baru-baru ini tercetus
kontroversi beberapa gadis Melayu naik ke pentas, lalu dipeluk artis
lelaki K-pop. Teruklah gadis-gadis remaja tersebut menjadi mangsa
cercaan rakyat Malaysia. Ibu bapa mereka juga jadi mangsa. Hairannya
penganjur persembahan tersebut tidaklah pula dibantai teruk macam nasib
gadis remaja tersebut. Sepatutnya yang teruk dihentam ialah pihak
kerajaan yang menggalak dan membenarkan K-pop. Merekalah yang mula
membawa masuk K-pop dari Korea untuk dihidangkan pada para remaja guna
bajet Kementerian Belia dan Sukan.
Semua tahu Najib pernah turut
sepentas bersama gadis-gadis gedik tidak cukup kain itu sebelum Pilihan
Raya Umum ke-13 lalu. Remaja bertudung peminat K-pop itu kini jadi
buruan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Jika sabit kesalahan mereka boleh
didenda RM1,000 atau dipenjara enam bulan. Hukuman seperti itu memang
patut sebagai langkah pencegahan supaya umat Islam dapat menjaga maruah.
Yang jadi kehairanannya mengapa mereka saja diburu pihak berkuasa
agama?
Sewaktu isteri perdana menteri,
Rosmah Mansor peluk pemain badminton Lee Chong Wei sampai kelihatan
separuh lemas, mengapa Jawi hanya mendiamkan diri?
Pelakon-pelakon yang berpelukan
dalam adegan filem, antara berlainan jantina sedangkan, mereka bukan
mahram tetap haram hukumnya.
Mengapa pihak berkuasa agama tidak bertindak? Hairan.
Ada dua set penguatkuasaan
undang-undang bagi pihak berkuasa agama rupanya. Ramai hairan dan
tertanya-tanya apa halnya tiba-tiba Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri
Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan
AS, FBI berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Weng San. Phua dan
anaknya Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di AS dan
menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan berkaitan
perjudian.
Dia disyaki terbabit dengan
kegiatan kongsi gelap 14K. Kononnya surat Zahid tersebut adalah
pembelaan terhadap Phua untuk mengesahkan bahawa kongsi gelap 14K tidak
wujud di Malaysia.
Sepatutnya biarlah FBI lakukan
siasatan. Hairan mengapa Zahid pula yang menyibuk. Jika ia satu dokumen
pembelaan, apa hubungan dan kepentingan antara Zahid dan Phua? Hairan.
Tahun lalu harga minyak dunia
naik mendadak. Malaysia menaikkan harga minyak kononnya kenaikan itu
tidak dapat dielakkan, faktor harga minyak dunia. Maka
berbondong-bondonglah peniaga menaikkan harga barang. Kerajaan tidak
dapat mengawal, hanya melihat dengan mata putih. Bahkan kerajaan pun
turut menaikkan harga gula serta beberapa barangan kawalan yang lain.
Sekarang harga minyak dunia jatuh
teruk. Kerajaan Malaysia terus ambil kesempatan menghapuskan subsidi di
saat kejatuhan harga minyak. Tanpa subsidi pun minyak masih murah dari
sebelumnya.
Hairannya mengapa harga barang dan perkhidmatan tidak turun, termasuk harga barang dalam senarai kawalan kerajaan.
Hairan mengapa kerajaan lemah sangat mengawal harga barang?
Di tengah-tengah banyak peristiwa hairan itu, ada satu perkara yang jadi puncak segala kehairanan.
Terlalu banyak kebejatan yang
berlaku dalam negara. Penyelewengan, pemborosan, ketirisan dan
penindasan terhadap rakyat berlaku sejak sekian lama di bawah kerajaan
BN. Ramai kalangan rakyat yang marah terhadap BN. Namun bila datang
pilihanraya; dengan hanya bantuan BR1M yang sekelumit dan sedikit janji
untuk membeli undi, sebahagian besar orang Melayu boleh khayal dengan
“dadah” pemberian BN itu lalu terus memangkah dacing. Bagaimana teruk
pun BN, ia terus berkuasa. Itu adalah ibu segala kehairanan -
No comments:
Post a Comment