اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 4, 2015

'Kami boleh isytihar harta tapi ia tak akan bantu PM'

Bodek melampau: Merapu sungguh melayu celup ni!
 

Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi menegaskan bahawa ia tidak akan mengalih perhatian daripada soal kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini ekoran cabaran Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee terhadap pemimpin Pakatan supaya berbuat demikian bagi membuktikan mereka bersih dan bukannya hanya mensasarkan Najib.

Secara peribadi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, beliau tidak ada masalah berbuat demikian dan begitu juga dengan pemimpin Pakatan yang lain.


“Kami perlu membawa perkara itu (ke mesyuarat kepimpinan) bagi mendapatkan satu konsensus,” tambahnya.

Rafizi berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dan majlis kepimpinan Pakatan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya.

Selain itu, beliau mahu Parlimen membuat keperluan bagi semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka."Saya bersedia, dan saya tidak fikir ia harus terhad kepada hanya ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja," katanya.

Kekayaan Najib dipersoalkan selepas Pejabat Perdana Menteri memberitahu New York Times bahawa gaya hidup mewah keluarganya ada kaitan dengan "kedudukan" dan "warisan harta pusaka keluarga".

Bagaimanapun, pada 24 Februari, empat adik beradik perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa cakap-cakap mengenai perkara itu telah mencemarkan nama baik bapa mereka, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.


Ahli Exco Pulau Pinang yang diterajui DAP secara terbuka mengisytiharkan aset mereka pada tahun 2013, (gambar paling atas), manakala ahli Exco Selangor yang diterajui PKR mengisytiharkan harta mereka kepada menteri besar. Para anggota kabinet juga mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri.

PSM adalah satu-satunya parti politik di mana pemegang jawatannya membuat pengisytiharan harta mereka.



sumber Posted by mountdweller

Bodek melampau: Merapu sungguh melayu celup ni! 'Kami boleh isytihar harta tapi ia tak akan bantu PM' 10:33AM - 4 Mar 2015 Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk mengisytiharkan harta mereka, tetapi menegaskan bahawa ia tidak akan mengalih perhatian daripada soal kekayaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak. Ini ekoran cabaran Ketua Umno Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee terhadap pemimpin Pakatan supaya berbuat demikian bagi membuktikan mereka bersih dan bukannya hanya mensasarkan Najib. Secara peribadi, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, beliau tidak ada masalah berbuat demikian dan begitu juga dengan pemimpin Pakatan yang lain. “Kami perlu membawa perkara itu (ke mesyuarat kepimpinan) bagi mendapatkan satu konsensus,” tambahnya. Rafizi berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu di mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR dan majlis kepimpinan Pakatan. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bersedia untuk mengisytiharkan hartanya. Selain itu, beliau mahu Parlimen membuat keperluan bagi semua ahli Parlimen mengisytiharkan harta mereka."Saya bersedia, dan saya tidak fikir ia harus terhad kepada hanya ahli Parlimen Pakatan Rakyat sahaja," katanya. Kekayaan Najib dipersoalkan selepas Pejabat Perdana Menteri memberitahu New York Times bahawa gaya hidup mewah keluarganya ada kaitan dengan "kedudukan" dan "warisan harta pusaka keluarga". Bagaimanapun, pada 24 Februari, empat adik beradik perdana menteri mengeluarkan kenyataan bahawa cakap-cakap mengenai perkara itu telah mencemarkan nama baik bapa mereka, Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. Ahli Exco Pulau Pinang yang diterajui DAP secara terbuka mengisytiharkan aset mereka pada tahun 2013, (gambar paling atas), manakala ahli Exco Selangor yang diterajui PKR mengisytiharkan harta mereka kepada menteri besar. Para anggota kabinet juga mengisytiharkan harta mereka kepada perdana menteri. PSM adalah satu-satunya parti politik di mana pemegang jawatannya membuat pengisytiharan harta mereka. - sumber Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:

Post a Comment