اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Wednesday, March 4, 2015

Tembelang FGV makin terbuka


  Sejak awal lagi, penubuhan Felda Global Ventures Berhad (FGV) bagi mengambil alih bahagian perdagangan Felda sememangnya amat mencurigakan dan membimbangkan PAS. Pada pandangan PAS, penubuhan FGV tidak mungkin dapat membantu memperkembangkan lagi Felda dan membantu menjaga kepentingan para peneroka, sebaliknya akan menyebabkan Felda dan para peneroka akan lebih bermasalah, sehingga boleh menjadikan tanah-tanah Felda lebih mengecil dan para peneroka sendiri pula akan kehilangan tanahtanah yang dimiliki mereka sedikit demi sedikit.


Walaupun ditentang keras, FGV tetap ditubuhkan juga dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri sebagai mentornya, hasil pakatannya dengan Pengerusi Felda sendiri, Tan Sri Mohd Isa Samad dan kemudiannya terus membawa kepada penyenaraian sahamnya di Bursa Malaysia pada akhir Jun 2012.

Sejak awal lagi juga, penubuhan FGV kelihatan bukanlah untuk kepentingan Felda dan para peneroka, tetapi untuk kepentingan pemimpin Umno-BN dan kroni-kroni mereka. Bagi menutup realiti itu, berbagai langkah telah dilakukan oleh mereka yang terbabit bagi menggambarkan penubuhannya kononnya untuk kepentingan Felda dan para peneroka sendiri, sehingga para peneroka turut dipaksa membeli saham-sahamnya kononnya akan mendatangkan pulangan besar.
Namun kini, perkara yang amat ditakuti telah pun berlaku.

Pandangan yang dilontarkan oleh Tokoh Wartawan Negara, Dato’ A Kadir Jasin atas tajuk FGV: Dari Fantasi Kepada Cerita Ngeri menerusi blognya pada 22 Februari lalu membuktikan penubuhan FGV bukanlah seperti yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno sebelum ini, malah penuh dengan bahaya kepada para peneroka dan Felda sendiri.

Malah menurut Dato’ A Kadir Jasin, daripada cerita fantasi dewa- dewi pada hari penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012, FGV kini telah bertukar menjadi episod ngeri.
Setelah melonjak naik daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 kepada RM5.39 pada hari pertama diniagakan, harga saham FGV jatuh secara berterusan untuk ditutup pada kadar RM2.82 sebelum cuti Tahun Baru Cina pada 19 dan 20 Februari lalu.

Ini bermakna nilai sahamnya telah merosot 38 peratus berbanding harga tawaran awal. Dalam perdagangan 52 minggu berakhir 22 Februari lalu, saham FGV diniagakan antara RM2.02 dan RM4.70 sahaja.

Dalam bahasa mudahnya menurut Dato’ A Kadir Jasin, para pelabur yang membeli saham FGV ketika IPO, termasuk puluhan ribu peneroka Felda, telah mengalami kerugian atas kertas sebanyak RM1,730 bagi setiap 1,000 unit saham FGV yang mereka beli. Pihak yang meminjam untuk membeli saham itu tentulah lebih teruk. Mereka mungkin telah dipaksa menjual saham mereka oleh pemberi pinjaman atau terpaksa menambah cagaran.

Semua itu sekali gus semakin membuka tembelang sebenar penubuhan FVG selama ini. Justeru, benarlah jangkaan PAS selama ini bahawa FGV bukanlah akan membawa kebaikan, tetapi akan membawa bala kepada Felda, para peneroka dan negara.

 Posted on Tuesday, March 03 @ 21:04:18 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment