Adakah ada rasa tidak puas hati berhubung keputusan mahkamah dalam gerakan Pemuda Umno? Adakah partinya sudah tiada wang untuk menganjurkan jelajah besar-besaran, atau untuk menyediakan bayaran tinggi kepada pendakwa paling hebat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah? Atau ini adalah manual latihan untuk langkah di masa hadapan?
Berikut
adalah soalan yang mungkin ditanya sesetengah orang, jika memang ada
keperluan jelas bagi Pemuda Umno meneruskan sesi penerangan keputusan
Mahkamah Persekutuan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim dalam kes Liwat II.
Ini berikutan pengumuman sayap pemuda itu bahawa ia akan meneruskan jelajah tersebut, walaupun dengan skala yang lebih kecil dan tanpa ciri-ciri pesta .
Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Ketua Penerangan Pemuda Umno Jamawi Jaafar yang mengesahkan perkembangan ini.
“Sesi dalaman ini dijalankan tanpa ketua pendakwa raya kes Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.”
"Kita
tidak namakan 'roadshow' sebab 'roadshow' ini dari negeri ke negeri.
Kita tidak mahulah popularkan nama (Datuk Seri) Anwar Ibrahim di luar.
“Tapi
kita buat program penerangan ini secara dalaman untuk memberi
kefahaman termasuk kepada ahli-ahli dan semua jentera penerangan Pemuda
Umno,” katanya seperti dipetik.
Keputusan Pemuda Umno itu selepas dihujani kritikan oleh pengamal undang-undang, orang ramai dan malah seorang menteri kerajaan.
Ramai
yang terkejut dengan jelajah yang amat menggemparkan sebelum ini,
menampilkan pendakwa khas yang menceritakan maklumat terperinci a la
“50 shades of grey” tanpa sebarang tapisan – termasuk kisah cubitan
puting dan macam-macam lagi.
Maka
mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa Pemuda Umno tetap ingin
meneruskan sesi penerangan itu selepas pelbagai kritikan dan kecaman
menghujani mereka.
Pasti
ada yang tertanya sama ada gerakan itu, atau ketuanya Khairy Jamaluddin
ingin menghentikan “pendarahan" dalaman yang berlaku dalam parti.
Adakah sebahagian pemuda mempersoalkan kes tersebut, atau keputusannya?
Adakah ada masalah yang sedang bergolak dalam gerakan yang dikatakan sebagai kubu anak muda Umno?
Adakah mereka mengambil berat aplikasi Artikel 377 Kanun Keseksaan? Dan jika ya, mengapa dan untuk apa?
“Secara
umumnya, kita tahu bahawa mereka lebih memahami, Sebahagian besar
daripada mereka ini sebenarnya tidak pun membaca keputusan kes
tersebut.
“Namun selepas penerangan, mereka kelihatan sedar apa yang berlaku.
“Kita
akan teruskan dari semasa ke semasa. Selagi kita ada permintaan, kita
akan teruskan tapi dalam kumpulan skala kecil sahaja tanpa publisiti,”
kata Jawawi, berhubung keputusan Pemuda Umno menjalankannya secara
tertutup.
Namun tolak tepi rasa tidak
puas hari dalaman atau di belakang pintu, ada yang mungkin
tertanya-tanya jika Umno sudah kehabisan budi untuk ditagih, kalau pun
bukan wang, untuk mengarahkan Shafee agar kekal terlibat. Bukankah
beliau adalah peguam yang amat sibuk dan memiliki pelanggan di kalangan
orang ternama dan kaya di Malaysia.
Adakah
peguam terkenal itu dikeluarkan daripada barisan persembahan sarkas
jelajah Pemuda Umno yang amat menghiburkan ini kerana mereka tidak lagi
boleh memaksanya untuk kekal? Atau beliau sememangnya keluar kerana
komitmen luar biasa yang lain?
Kita hanya boleh membayangkannya.
Posted on Wednesday, March 04 @ 16:43:47 MYT by paktam
No comments:
Post a Comment