اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Monday, April 14, 2014

 Reformasi 2.0 kesinambungan perjuangan Black 14


reformasi-poster981
KUALA LUMPUR 14 APRIL: Gerakan reformasi 2.0 yang dilancarkan baru-baru ini merupakan kesinambungan daripada semangat perjuangan Black 14, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua. 

“Sejarah Black 14 adalah sejarah perjuangan. Reformasi 2.0 adalah kesinambungan perjuangan setelah 15 tahun,” kata Tian yang juga Ahli Parlimen Batu.
Tanggal 14 April 199 merupakan satu detik penting bagi pendokong reformasi, apabila ia menjadi satu tarikh bagi memperingati peristiwa hitam dalam sejarah sistem kehakiman negara.

Pada tarikh tersebut, mahkamah memutuskan hukuman penjara selama enam tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pertuduhan rasuah.
Hukuman penjara terhadap Anwar itu membakar kemarahan jutaan rakyat  dan mencetuskan gelombang reformasi bagi menentang kezaliman kerajaan Umno BN.

Setiap tahun selepas itu- pada tarikh 14 April-  satu himpunan besar-besaran yang dinamakan demonstrasi Black 14 dianjurkan di Kuala Lumpur bagi mengenang sejarah hitam institusi kehakiman.
Tian, antara aktivis yang ditangkap pada 2001 kerana mengadakan demontrasi berkenaan dengan beratus-ratus yang lain turut menjadi mangsa kezaliman polis.

Menurut Tian, perjuangan reformasi bukan sahaja menentang kezaliman ke atas Anwar, bahkan lebih penting adalah membebaskan institusi kehakiman daripada cengkaman Umno BN.
“Pada masa itu juga kita gesa supaya kembalikan kuasa kepada rakyat. Ia juga adalah kesedaran tentang kepincangan sistem kehakiman yang diperalat untuk mengukuhkan pimpinan Umno BN,” kata Tian
Namun menurutnya, keadaan hari ini masih tidak berubah apabila institusi mahkamah diperalatkan untuk memperkukuhkan kekuasaan regim Umno- Barisan Nasional.

Sementara itu, tokoh lama reformasi, Dr Badrul Amin Baharom mengajak rakyat menghayati semula perjuangan Black 14 yang memasuki ulang tahun ke 16 dan matlamat asal reformasi pada tahun 1998.
“Kebangkitan rakyat dalam refomasi adalah disebabkan fitnah ke atas Anwar Ibrahim. Ia didorong oleh orang yang sanggup berkorban jawatan untuk mengerakkan bantahan terhadap kezaliman ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau yang pernah menjadi mangsa ISA pada 2001 menegaskan bahawa reformasi 2.0 yang dicetuskan akan gagal sekiranya matlamat perjuangannya tidak dihayati pendokong reformasi dan Pakatan Rakyat.
“Contohnya penyokong reformasi mengamalkan fitnah dan adu domba. Sekiranya ahli menggunakan gerakan ini untuk mendapat jawatan dan sebagainya, reformasi ini sendiri akan gagal,” katanya. 

No comments:

Post a Comment