Lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam
satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN)
menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu
kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.
Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan Merdeka Center
itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai
pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam respon kepada soalan sama ada mereka menyangka Putrajaya jujur
atau menyembunyikan sesuatu mengenai MH370, 54% daripada responden
berpendapat Malaysia menyembunyikan maklumat, 26% berkata kerajaan jujur
manakala 20% tidak pasti.
Sejak pesawat Malaysia Airlines (MAS)hilang pada 8 Mac, dakwaan ini
dibuat beberapa kali oleh ahli keluarga daripada China bagi 229
penumpang dalam pesawat Boeing 777-200ER itu.
Selepas lebih lima minggu pesawat hilang, ternyata rakyat Malaysia juga
cenderung mempercayai Putrajaya tidak jujur berhubung maklumat berkenaan
pesawat itu.Sekali lagi, responden kaum Cina hampir sebulat suara tidak
memberi komen yang positif terhadap kerajaan persekutuan yang dipimpin
BN.
Angka tinjauan menunjukkan sedikit majoriti daripada responden India dan
Melayu juga mempercayai Putrajaya menyembunyikan maklumat.Kali ini,
responden dari kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar bersatu dalam
mempercayai Putrajaya kurang jujur dalam mendedahkan maklumat berkenaan
MH370.
Responden dipilih melalui kaedah persampelan rawak berstrata mengikut
etnik, jantina dan umur, serta meliputi semua kawasan Parlimen di
Semenanjung Malaysia.Kajian itu dijalankan dari 24-30 Mac dengan
pemilihan responden berkadar dengan penduduk di setiap kawasan Parlimen.
Berhubung prestasi menteri Malaysia dalam menangani krisis MH370, 21%
daripada responden berkata mereka sangat tidak berpuas hati manakala 19%
sangat berpuas hati.
Walaupun Putrajaya menerima pelbagai kritikan daripada pihak tempatan
dan antarabangsa sejak krisis MH370 itu, 51% responden berkata mereka
yakin terhadap kerajaan.
Bagaimanapun, 45% responden berkata mereka hilang keyakinan terhadap
Putrajaya selepas krisis MH370.Responden turut ditanya sama ada prestasi
Putrajaya dalam menangani krisis MH370 yang menyebabkan mereka
lebih/kurang yakin terhadap kerajaan.
Beberapa hari selepas kehilangan MH370, Kementerian Luar China menggesa
Malaysia mempercepatkan siasatan dan menyediakan maklumat yang lebih
tepat.Bagaimanapun, kritikan China terhadap penyiasatan Malaysia
berhubung MH370 juga turut melepaskan keburukan tentang nasionalisme.
Kemarahan terhadap pengendalian penyiasatan Malaysia meletus di media
sosial China, dan juga di jalanan dengan demonstrasi di luar Kedutaan
Malaysia di Beijing.
Agensi Berita Xinhua milik kerajaan mereka mengatakan adalah sesuatu "
yang tidak boleh dimaafkan " terhadap kekurangan kapasiti, usaha atau
ketelusan di pihak Putrajaya.“Orang Malaysia” menjadi perkataan popular
bagi menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan ketidakpercayaan;
penyanyi Cina-Malaysia turut dikecam di internet.
Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penerbangan
MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, ahli keluarga dan saudara mara
di Beijing tersentak.
Berdukacita dan marah tentang apa yang mereka namakan sebagai tempoh dua
minggu yang penuh dengan "pembohongan dan maklumat mengelirukan "
selepas MH370 hilang, ahli keluarga berarak ke kedutaan Malaysia.
Mereka membawa sepanduk dengan perkataan "Malaysia Airlines, anda
berhutang penjelasan kepada kami”, "kerajaan Malaysia rasuah" dan "Mama,
pulanglah".
Satu lagi perbalahan adalah laporan CNN pada Khamis yang memetik seorang
pegawai kanan kerajaan Malaysia sebagai berkata tentera udara
melancarkan pencarian jam 8 pagi pada 8 Mac tidak lama selepas MH370
dilaporkan hilang.
Kedua-dua, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia menafikan laporan
itu. Bagaimanapun, CNN berkata ia berpegang kepada laporan itu. ~tmi
No comments:
Post a Comment