Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (BN) Datuk Ahmad Maslan hari ini mencadangkan penubuhan tentera siber parti untuk menjawab fitnah pasukan siber pembangkang Red Bean Army (RBA). Sebagai seorang blogger Pro Kerajaan, IBM amat-amat setuju dengan cadangan dari Datuk Ahmad Maslan itu. Yang lain-lain tak tu tak tahu le samada setuju atau tidak.? Beliau yang tertarik dengan penggunaan nama 'Blue Wave Army'menambah, kewujudan tentera siber parti juga dapat memberikan penjelasan yang sahih kepada masyarakat dalam isu yang sering diputarbelitkan pembangkang seperti isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP).
Dua PRU telah berlalu, nampak nya tiada sebarang tanda2 UBN akan pulih.
Kini talian hayat UBN masih lagi bergantung kepada Sabah dan Sarawak
negeri yang sangat mundur itu. Bukan sahaja negerinya yang mundur,
malahan cara mereka berfikir pun turut sama mundur. Otak mereka mudah di
cairkan dengan memberikan 'gula2' yang murahan sahaja.
Tetapi ianya sangat berbeza dengan cara pemikiran rakyat yang tinggal di
Semenanjung Malaysia ini. Rakyat di sini lebih berfikiran matang dan
terbuka. Kesedaran mereka tentang apa yang sedang berlaku dalam
pemerintahan negara sentiasa bermain dalam fikiran mereka. Ini sangat
berbeza dengan penduduk di Sabah dan Sarawak yang hanya berminat dengan
'pemberian2' kecil dari pemerintah.
Keadaan ini telah mendapat perhatian dari pemerintah. Penduduk di
Semenanjung lebih mendapat maklumat melalui siber. Penduduk di sini
tidak lagi bergantung kepada media kerajaan untuk mendapatkan maklumat
seperti di Sabah dan Sarawak.
Kunun nya Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan tentera siber yang di
gelar "Red Bean Army" (RBD). Kini pehak pemerintah bercadang untuk
menubuhkan pasukan tentera siber nya pula untuk menentang tentera siber
RBA. Tentera siber pro kerajaan ini digelar pula dengan nama "Blue Wave
Army". Tujuan utama nya ialah untuk mempertahan kan isu Cukai Barang dan
Perkhidmatan (CBP).
Sebenar nya perkara ini sedikit pun tidak merisaukan kedudukan 'RBA',
kerana kedudukan RBA kini sudah mantap dan tersebar luas. Sedangkan
'BWA' hanya baru cadangan sahaja.
Memang di sedari bahawa pejuang2 siber yang pro kerajaan semakin lemah
dan layu. Boleh dikatakan sudah semakin ramai yang 'tutup kedai'. Mereka
hanya berjuang untuk mendapatkan upah, sedangkan tentera siber RBA
berkerja dengtan sukarela sahaja.
No comments:
Post a Comment