Written By canang on Isnin, 14 April 2014 | 4/14/2014 07:28:00 PTG
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dalam kenyataannya berkata pihaknya mengesyaki Daim mempunyai hubung kait dengan amalan korupsi dan rasuah.
Katanya, aduan itu susulan pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Daim mempunyai wang mencecah berbilion ringgit dalam bank di Afrika dan Eropah Timur dengan menggunakan proksi.
Menurutnya, dakwaan Anwar itu juga kosisten dengan laporan polis yang dibuat ketua umum KEADILAN itu pada 1999.
Malah katanya, terdapat bukti berupa tiga pucuk surat yang masing-masing ditulis ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Hamzah.
“AMK juga telah mempersoalkan bagaimana Tun Daim, yang dikenali sebagai ‘maha billionaire’ tidak tersenarai langsung dalam senarai 40 individu terkaya di Malaysia sebagaimana yang dikompilasikan oleh majalah Malaysian Business.
“Sehingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan susulan yang diambil oleh mana-mana pihak ke atas Tun Daim.
“Sehubungan dengan itu, AMK menggesa SPRM dapat bertindak hasil daripada laporan rasmi yang dikemukakan ini, bagi mengesah atau menafikan sebarang bentuk tuduhan yang dipalitkan ke atas Tun Daim,” katanya.
Shamsul mendesak SPRM mempamerkan ketelusan “tahap tertinggi” dengan serius menyiasat dan membuat pendakwaan terhadap tokoh korporat itu.
“Jerung jangan dibiar berenang bebas di saat ikan bilis dipukat rakus,” katanya.
Beliau bersama ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiang dan beberapa pemimpin AMK membuat laporan itu di SPRM Putrajaya selama 45 minit bermula jam 2.45 petang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60661
No comments:
Post a Comment