اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Sunday, February 15, 2015

Dengan tiadanya Anwar, demokrasi dan hak asasi mundur ke belakang


Oleh Gobind Rudra

Malaysia sekali lagi dijejaskan oleh Barisan Nasional, apabila Mahkamah Persekutuan 10 Februari lalu mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kesalahan liwat dengan bekas pembantunya. Seperti ingin menguatkan tanggapan itu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan mempertahankan kebebasan sistem kehakiman negara. Jelas sekali disediakan lebih awal, waktu ia diedarkan hanya akan terus menghakis keyakinan sistem yang ia ingin pertahankan.


Selepas keputusan itu, hakim-hakim keluar ketika Anwar menyampaikan ucapan di kandang orang salah, menyerang dan menuduh mereka “tunduk kepada tuan-tuan politik” seperti yang dilakukannya ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi. Ucapan panjang itu sebagai ganti kepada pembelaan terhadap dakwaan yang dikenakan.

Ucapan dari kandang orang salah itu adalah sebuah teater politik yang nyata tetapi bersifat murahan. Anwar sekali lagi cuba menempatkan dirinya di tempat yang sama dengan wira hak asasi seperti Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela, dua tokoh hebat gerakan kebebasan yang pernah menyampaikan ucapan bersemangat daripada kandang orang salah terhadap sistem penjajahan yang menekan.

Ia adalah susulan daripada satu lagi peniruan apabila beliau dipenjara untuk kali pertama atas kesalahan salah guna kuasa ketika lewat 1990-an. Beliau menulis surat yang kemudiannya “diseludup” keluar daripada penjara Sungai Buluh, sama seperti surat Martin Luther King daripada penjara Birmingham.

Namun tanpa gimik-gimik murahan ini, Anwar sudah pun cukup menderita akibat penganiayaan daripada Umno yang menekan, berlawan untuk menjaga hak mereka untuk terus mengaut kekayaan negara. Di sini, ada satu perbezaan penting antara beliau dengan Gandhi, Mandela dan Aung Sang Suu Kyi (yang juga dibandingkan dengan Anwar oleh para penyokongnya, dalam usaha berterusan mengangkat Anwar ke tahap yang tinggi).

Gandhi, Mandela dan Suu Kyi mengetuai gerakan kebebasan popular di luar sistem, cuba membebaskan rakyat mereka daripada cengkaman penindasan.
Anwar pula adalah “orang luar” yang menjadi “orang dalam”, yang kemudiannya memanipulasikan sistem korup yang sama melibatkan kaum, agama dan ringgit. Cubaan beliau untuk mengawal media massa sama teruknya seperti yang lain. Beliau jatuh bukan kerana cuba membebaskan rakyat Malaysia daripada cengkaman elit Umno, tetapi hanya kerana ingin menggantikannya.



Hanya selepas kejatuhannya – yang mendedahkan betapa teruknya cara Umno – dan kembali menjadi “orang luar”, beliau menjadi penting dalam menguatkan gerakan demokrasi popular, dan hampir-hampir menggantikan Umno-Barisan Nasional. Namun, beliau tidak akan berjaya pergi sejauh itu tanpa kebenaran tersembunyi daripada sebahagian pihak yang ditentangnya.

Jika beliau berjaya, ia hanyalah penggantian satu set elit politik dengan elit politik yang lain, dengan kata-kata seperti “kebebasan”, “demokrasi” dan “kuasa rakyat” hanyalah untuk menyenangkan orang ramai, dan slogan politik untuk memudahkan laluan mereka.
Keputusan Mahkamah Persekutuan memang sudah dijangka, jika mengambil kira keadaan semasa dan hal-hal yang berkaitan seperti:
  • Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta agar keputusan mahkamah diterima semua pihak.
  • Kempen terhadap 1Malaysia Development Bhd, yang menyerang tepat kepada teras pentadbiran Najib.
  • Berakhirnya kes Altantuya Shaariibuu, walaupun tidak semuanya dirungkai
  • Pendedahan New York Times berhubung Jho Low, anak Rosmah Mansor dan kaitan antara 1MDB, kepentingan Timur Tengah dan perbelanjaan berbilion ringgit secara bebas.
  • Pertelagahan antara komponen Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim.
  • Hubungan yang dibina Datuk Seri Najib Razak denan Presiden Amerika Barack Obama, yang lebih mengambil berat tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, Islamic State (IS), pengaruh China di Laut China Selatan, serta kepentingan perdagangan dan ekonomi Amerika di rantau ini.
  • Kerjasama Malaysia dengan CIA untuk menyekat gerakan dan cita-cita IS, hubungan dengan tentera Amerika (yang dimulakan Mahathir ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan), dan permulaan hubungan ketenteraan Malaysia dengan Tentera China.
Dan tidak kurang juga dengan pengiraan Najib sendiri berhubung kedudukannya terutama dengan serangan pakatan Mahathir-Daim, kebenarannya terhadap tindakan polis menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan, dan menguruskan “panglima-panglima” dalam partinya sendiri.

Menyingkirkan Anwar daripada pengiraan politik sehingga Pilihanraya Umum seterusnya akan memberikan Najib dan pengikutnya ruang dan masa untuk menentang kumpulan Mahathir. Pakatan Rakyat akan berhadapan kesukaran untuk terus kukuh. Najib dan Mahathir akan mendapat gelanggang baru untuk dimanipulasikan demi kepentingan mereka (seperti kenyataan nakal Mahathir bahawa Lim Kit Siang boleh menjadi Perdana Menteri, seolah-olah menegakkan hak demokratik dan pada masa yang sama “menikam” ultra-Melayu dalam PAS dan Umno).

Dengan ketiadaan Anwar, gerakan untuk mengembangkan demokrasi dan hak sama rata akan diheret mundur ke belakang, dan Pakatan Rakyat akan bergelut untuk mengekalkan tapaknya. 
Bagi kedua-dua pihak, terlalu banyak yang menjadi pertaruhan. 
Namun adakah yang menjurus kepada kepentingan dan pembebasan rakyat Malaysia? 

- bm.theantdaily.com

No comments:

Post a Comment