March 7, 2015
Audit Forensik 1MDB -
Muhyiddin Yassin 'checkmate' Najib
Zahid tuduh pengkritik 1MDB bermotif politik
A.Kadir Jasin memuji tindakan Timb Menteri Muhyiddin Yassin yg
mengeluarkan kenyataan yang mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB
sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam
Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua
Juruaudit Negara.
Sambil itu, beliau menyentap Zahid Hamidi yang dilihat cuba membela
Najib yang konononnya pengkritik 1MDB hanyalah bermotifkan politik
semata-mata.
Kadir menulis diblognya : KEMUNCULAN (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi
sebagai pembela utama Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul
Razak, dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad tidak
memeranjatkan.
Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden (1) Umno itu memerlukan
Mohd Najib dalam krisis yang dihadapinya sekarang berkaitan suratnya
kepada Biro Penyiasatan Pusat Amerika Syarikat (FBI) mengenai orang
disyaki Paul Phua Wen Seng.
Ahmad Zahid dilaporkan menuduh pihak-pihak yang mempertikaikan urus
niaga syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sebagai bermotifkan
politik. Beliau menyokong kenyataan bosnya, (Datuk Seri) Mohd Najib
Abdul Razak, Rabu lalu bahawa penerangan 1MDB dan juruaudit luarnya,
Deloitte, tidak mendedahkan sebarang penyelewengan dan kepincangan urus
niaga.
Tetapi dua hari selepas itu, ketua nombor dua beliau, Timbalan Perdana
Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin mengeluarkan kenyataan yang
berbeza dan tegas.
Menurut laporan Bernama, beliau mahu audit forensik dilakukan ke atas
1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam

Juruaudit Negara. (Baca di sini).
Alhamdulillah, itulah kaedah yang tepat. Isu 1MDB memerlukan “forensic
auditing” macam doktor menyiasat sejarah pesakit atau membedah mayat.
Terima kasih Muhyiddin dan hendaknya janganlah Ahmad Zahid menuduh
tindakan Timbalan Presiden Umno itu bermotif politik!
Jawapan kepada tindakan Muhyiddin mudah saja. Apa yang dikatakan
taklimat oleh Arul Kanda Kandasamy yang baru beberapa minggu menjadi
Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB dan juruaudit luar 1MDB,
Deloitte semestinya amat terhad.
Muhyiddin mahu audit forensik ke atas 1MDB
Arul Kanda hanya berhak bercakap dan bertanggungjawab kepada apa yang
beliau ketahui dan lakukan sejak mengambil alih teraju 1MDB pada 5
Januari lalu manakala Deloitte hanya untuk jangka waktu menjadi
juruaudit luar 1MDB mulai Disember 2013.
Anggota Kabinet yang faham undang-undang dan peraturan tentulah tidak
puas hati dengan maklumat terhad itu sedangkan mereka diminta turut
bertanggungjawab terhadap syarikat itu. Mereka tentunya tidak mahu
dituduh bersubahat kemudian hari.
Orang putih kata, splitting hair. Bayangkan bagaimana susah hendak
membelah sehelai rambut. Mungkin benar akaun 1MDB bagi tempoh singkat
diaudit oleh Deloitte memenuhi piawaian perakaunan yang digunakan di
negara kita. Kalau tidak, masakan Deloitte berani mengesahkannya. Cuma
adakah pengesahan itu bersyarat (qualified) atau tanpa syarat
(unqualified). Kalau bersyarat, ertinya ada perkara yang tidak dapat
disahkan oleh juruaudit luar.
Pembabitan Arul Kanda dalam 1MDB amat terhad
Ahmad Zahid boleh bantu penyiasatan kerana beliau seorang usahawan dan
eksekutif perniagaan yang cukup berpengalaman. Sebagai bekas usahawan
dan eksekutif korporat yang berjaya dan pernah menjadi ketua pegawai
eksekutif Kretam Berhad, sebuah syarikat umum yang disenaraikan di Bursa
Malaysia, beliau tentu tahu laporan dan akaun tahunan hanya memuatkan
fakta dan perangkaan asas. Ia tidak mendedahkan modus operandi syarikat
atas alasan ia rahsia perniagaan (trade secret).
Saya harap Ahmad Zahid gunakan kepakaran beliau sebagai bekas eksekutif
OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, eksekutif kanan PNB/ASN,
pengarah eksekutif Scandinavian Motors Sdn Bhd, pengerusi Tekala
Corporation Berhad, pengerusi Seng Hup Berhad, pengerusi Ramatex Berhad
dan pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi melakukan pencerahan
terhadap kekusutan 1MDB dan bukan sekadar membuat kenyataan politik
murahan.
Bukan Semua Melayu Jahil
Orang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan, perakaunan, modus
operandi urus niaga dan rahsia perniagaan tentulah akan terangguk-angguk
mengiakan hujah Ahmad Zahid dan ahli Kabinet yang sependapat dengan
beliau, apatah lagi kalau mereka ahli dan penyokong tegar Umno.
Tetapi hari ini, hatta di kalangan orang Melayu dan orang Umno pun
ramai yang berniaga, menjadi eksekutif korporat, juruaudit dan pensyarah
ekonomi. Jadi mereka boleh bezakan antara pasir dan permata.
Natijahnya, pemimpin Umno janganlah sangka semua Melayu “bangang”
(meminjam istilah Perdana Menteri) dalam hal ekonomi dan perniagaan maka
boleh diperkotak-katikkan.
Umno perlu belajar agar lebih pandai berkomunikasi dengan Melayu yang
makin cerdik. Adalah kesilapan besar bagi Umno memajukan orang Melayu
melalui pelajaran dan ekonomi, tetapi berkomunikasi secara dangkal
kerana menyangka orang Melayu semuanya ikut cakap dan percaya omongan
mereka.
Sekadar anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung, saya rasa
adalah amat sukar bagi Umno kembali meyakinkan majoriti orang Melayu dan
mengembalikan keyakinan orang bukan Melayu untuk menyokong Umno dan
Barisan Nasional. Umumnya, pengkritik dan penganalisis bukan sekadar
mempertikaikan akaun 1MDB. Mereka juga mengkritik dan menganalisis
perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan dan akaunnya –
mungkin atas alasan rahsia perniagaan.
Antara yang dipersoalkan adalah hutang-piutangnya yang sangat besar
(melebihi RM40 bilion), pengaliran modal, pembelian aset yang melebihi
harga pasaran, pembawakeluaran modal untuk dilaburkan di Cayman Islands,
kesukarannya membayar balik hutang kepada bank-bank tempatan, dakwaan
pembabitan “billionaire” T Ananda Krishnan menyelesaikan hutangnya dan
paksaan ke atas syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi
pinjaman kepada 1MDB dengan membeli bon/sukuk yang dikeluarkannya dan
pembabitan pihak-pihak misteri seperti Jho Low dan PetroSaudi.
Kalau tugas Ketua Juruaudit Negara sekadar “verify” (mengesahkan) akaun
lMDB, ia tidak lebih daripada “rubber stamp”. Tetapi sekiranya KJN
diberi kuasa khas atau beliau sendiri berani mengambil inisiatif
melakukan “forensic auditing” barulah ada harapan kita menjejaki “money
trail” untuk mengetahui siapa buat apa dan dapat apa. Baca lagi di sini
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:
Post a Comment