اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Saturday, March 7, 2015

Putrajaya tidak wajar ‘bail out’ 1MDB, tegas Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah pengauditan ke atas 1MDB dibuat dengan telus.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarah pengauditan ke atas 1MDB dibuat dengan telus.

Sebarang usaha menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak wajar melibatkan tindakan menyelamat (bail out) syarikat tersebut dengan menggunakan dana awam, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini.

Beliau juga berkata, Lembaga Pengarah 1MDB perlu memberi penjelasan tentang beberapa urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang kepada syarikat dan kerajaan.

"Saya berpandangan Ketua Audit Negara wajar mengaudit akaun 1MDB secara telus, bebas dan menyeluruh dengan meneliti akaun 1MDB sejak awal penubuhannya.

"Ini kerana beberapa tuduhan penyelewengan yang dilemparkan terhadap dana pelaburan strategik itu adalah berhubung urusniaga yang dibuat sejak tahun 2009 yang tidak termasuk dalam tahun kewangan 2013 yang diaudit oleh firma Deloitte," katanya dalam satu kenyataan sambil menyambut baik arahan perdana menteri supaya Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.

Beliau juga mengatakan, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) boleh memulakan siasatannya sendiri terhadap syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu tanpa perlu menunggu laporan Ketua Audit Negara siap.

Dalam mesyuarat Rabu lalu, jemaah menteri diberikan taklimat oleh 1MDB dan Deloitte berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap dana pelaburan strategik itu.

Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengarahkan Audit Negara mengesahkan akaun 1MDB itu dan menyerahkan laporannya kepada PAC untuk penelitian lanjut.

Katanya, urusniaga yang diaudit Deloitte hanya bagi tahun kewangan 2013 dan ia tidak termasuk usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International yang dituduh berlaku penyelewengan seperti dilaporkan beberapa portal berita.

"Saya percaya pengauditan yang telus, bebas dan menyeluruh adalah penting untuk membersihkan nama dana pelaburan strategik milik kerajaan itu daripada sebarang tuduhan penyelewengan dan salah laku," katanya.

Muhyiddin juga mahu Ketua Audit Negara diberikan sokongan sumber, kepakaran dan tempoh masa yang tidak terlalu lama menyiapkan laporan yang lengkap dan komprehensif memandangkan dakwaan terhadap 1MDB melibatkan urusniaga korporat yang agak kompleks, menyentuh kepentingan negara dan kerajaan.

"Ini penting untuk memulihkan reputasi 1MDB dan mengembalikan keyakinan pelabur," katanya mengenai 1MDB yang diilhamkan Najib yang juga merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.

"Audit forensik hendaklah dilaksanakan untuk menentukan tiada penyelewengan kewangan berlaku dalam urusniaga 1MDB," katanya.

Muhyiddin berkata, 1MDB mesti memandang serius semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya terutama di media sosial.

Bagi membersihkan namanya, katanya, 1MDB perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan tidak berasas.

Pada masa sama, katanya, Lembaga Pengarah 1MDB juga perlu mengambil tanggungjawab bersama dan bersedia menghadapi tindakan undang-undang sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau penyelewengan dalam urusniaga 1MDB.

Mengenai urusniaga yang kelihatan tidak memberikan keuntungan jangka panjang, Muhyiddin berkata: "Kerajaan juga akan menanggung kerugian jika penstrukturan semula 1MDB melibatkan penjualan tanah TRX (Tun Razak Exchange) dan Bandar Malaysia yang diperolehi pada harga yang rendah daripada kerajaan dan hasil penjualan digunakan untuk membayar hutang syarikat."

Semalam, Reuters melaporkan, menurut sumber, 1MDB mungkin dibubarkan di bawah pelan pembayaran balik hutangnya, di mana sebahagian besar asetnya akan dijual.

Di bawah penstrukturan semula yang dirancang ketua barunya Arul Kanda Kandasamy, 1MDB akan menjual 80% daripada unit tenaganya Edra Energy melalui penyenaraian pasaran saham, tiga sumber memberitahu Reuters.

1MDB juga dilaporkan akan menjual sebahagian besar aset tanah dan kepentingannya dalam dua projek hartanah berprofil tinggi itu - TRX dan Bandar Malaysia - selepas memecahkannya kepada beberapa entiti berasingan. – 6 Mac, 2015.

://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article 
 
Audit Forensik 1MDB - Muhyiddin Yassin 'checkmate' Najib Zahid tuduh pengkritik 1MDB bermotif politik A.Kadir Jasin memuji tindakan Timb Menteri Muhyiddin Yassin yg mengeluarkan kenyataan yang mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. Sambil itu, beliau menyentap Zahid Hamidi yang dilihat cuba membela Najib yang konononnya pengkritik 1MDB hanyalah bermotifkan politik semata-mata. Kadir menulis diblognya : KEMUNCULAN (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi sebagai pembela utama Perdana Menteri, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad tidak memeranjatkan. Menteri Dalam Negeri merangkap Naib Presiden (1) Umno itu memerlukan Mohd Najib dalam krisis yang dihadapinya sekarang berkaitan suratnya kepada Biro Penyiasatan Pusat Amerika Syarikat (FBI) mengenai orang disyaki Paul Phua Wen Seng. Ahmad Zahid dilaporkan menuduh pihak-pihak yang mempertikaikan urus niaga syarikat pelaburan strategik kerajaan itu sebagai bermotifkan politik. Beliau menyokong kenyataan bosnya, (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak, Rabu lalu bahawa penerangan 1MDB dan juruaudit luarnya, Deloitte, tidak mendedahkan sebarang penyelewengan dan kepincangan urus niaga. Tetapi dua hari selepas itu, ketua nombor dua beliau, Timbalan Perdana Menteri, (Tan Sri) Muhyiddin Mohd Yassin mengeluarkan kenyataan yang berbeza dan tegas. Menurut laporan Bernama, beliau mahu audit forensik dilakukan ke atas 1MDB sejak penubuhannya (pada tahun 2009) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) menyiasat 1MBD serta-merta tanpa menunggu laporan Ketua Juruaudit Negara. (Baca di sini). Alhamdulillah, itulah kaedah yang tepat. Isu 1MDB memerlukan “forensic auditing” macam doktor menyiasat sejarah pesakit atau membedah mayat. Terima kasih Muhyiddin dan hendaknya janganlah Ahmad Zahid menuduh tindakan Timbalan Presiden Umno itu bermotif politik! Jawapan kepada tindakan Muhyiddin mudah saja. Apa yang dikatakan taklimat oleh Arul Kanda Kandasamy yang baru beberapa minggu menjadi Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB dan juruaudit luar 1MDB, Deloitte semestinya amat terhad. Muhyiddin mahu audit forensik ke atas 1MDB Arul Kanda hanya berhak bercakap dan bertanggungjawab kepada apa yang beliau ketahui dan lakukan sejak mengambil alih teraju 1MDB pada 5 Januari lalu manakala Deloitte hanya untuk jangka waktu menjadi juruaudit luar 1MDB mulai Disember 2013. Anggota Kabinet yang faham undang-undang dan peraturan tentulah tidak puas hati dengan maklumat terhad itu sedangkan mereka diminta turut bertanggungjawab terhadap syarikat itu. Mereka tentunya tidak mahu dituduh bersubahat kemudian hari. Orang putih kata, splitting hair. Bayangkan bagaimana susah hendak membelah sehelai rambut. Mungkin benar akaun 1MDB bagi tempoh singkat diaudit oleh Deloitte memenuhi piawaian perakaunan yang digunakan di negara kita. Kalau tidak, masakan Deloitte berani mengesahkannya. Cuma adakah pengesahan itu bersyarat (qualified) atau tanpa syarat (unqualified). Kalau bersyarat, ertinya ada perkara yang tidak dapat disahkan oleh juruaudit luar. Pembabitan Arul Kanda dalam 1MDB amat terhad Ahmad Zahid boleh bantu penyiasatan kerana beliau seorang usahawan dan eksekutif perniagaan yang cukup berpengalaman. Sebagai bekas usahawan dan eksekutif korporat yang berjaya dan pernah menjadi ketua pegawai eksekutif Kretam Berhad, sebuah syarikat umum yang disenaraikan di Bursa Malaysia, beliau tentu tahu laporan dan akaun tahunan hanya memuatkan fakta dan perangkaan asas. Ia tidak mendedahkan modus operandi syarikat atas alasan ia rahsia perniagaan (trade secret). Saya harap Ahmad Zahid gunakan kepakaran beliau sebagai bekas eksekutif OCBC, Pengerusi Bank Simpanan Nasional, eksekutif kanan PNB/ASN, pengarah eksekutif Scandinavian Motors Sdn Bhd, pengerusi Tekala Corporation Berhad, pengerusi Seng Hup Berhad, pengerusi Ramatex Berhad dan pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi melakukan pencerahan terhadap kekusutan 1MDB dan bukan sekadar membuat kenyataan politik murahan. Bukan Semua Melayu Jahil Orang yang tidak tahu apa-apa mengenai perniagaan, perakaunan, modus operandi urus niaga dan rahsia perniagaan tentulah akan terangguk-angguk mengiakan hujah Ahmad Zahid dan ahli Kabinet yang sependapat dengan beliau, apatah lagi kalau mereka ahli dan penyokong tegar Umno. Tetapi hari ini, hatta di kalangan orang Melayu dan orang Umno pun ramai yang berniaga, menjadi eksekutif korporat, juruaudit dan pensyarah ekonomi. Jadi mereka boleh bezakan antara pasir dan permata. Natijahnya, pemimpin Umno janganlah sangka semua Melayu “bangang” (meminjam istilah Perdana Menteri) dalam hal ekonomi dan perniagaan maka boleh diperkotak-katikkan. Umno perlu belajar agar lebih pandai berkomunikasi dengan Melayu yang makin cerdik. Adalah kesilapan besar bagi Umno memajukan orang Melayu melalui pelajaran dan ekonomi, tetapi berkomunikasi secara dangkal kerana menyangka orang Melayu semuanya ikut cakap dan percaya omongan mereka. Sekadar anggota kabinet kelas ayam dan ekonomi kangkung, saya rasa adalah amat sukar bagi Umno kembali meyakinkan majoriti orang Melayu dan mengembalikan keyakinan orang bukan Melayu untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional. Umumnya, pengkritik dan penganalisis bukan sekadar mempertikaikan akaun 1MDB. Mereka juga mengkritik dan menganalisis perkara-perkara yang tidak dijelaskan dalam laporan dan akaunnya – mungkin atas alasan rahsia perniagaan. Antara yang dipersoalkan adalah hutang-piutangnya yang sangat besar (melebihi RM40 bilion), pengaliran modal, pembelian aset yang melebihi harga pasaran, pembawakeluaran modal untuk dilaburkan di Cayman Islands, kesukarannya membayar balik hutang kepada bank-bank tempatan, dakwaan pembabitan “billionaire” T Ananda Krishnan menyelesaikan hutangnya dan paksaan ke atas syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi pinjaman kepada 1MDB dengan membeli bon/sukuk yang dikeluarkannya dan pembabitan pihak-pihak misteri seperti Jho Low dan PetroSaudi. Kalau tugas Ketua Juruaudit Negara sekadar “verify” (mengesahkan) akaun lMDB, ia tidak lebih daripada “rubber stamp”. Tetapi sekiranya KJN diberi kuasa khas atau beliau sendiri berani mengambil inisiatif melakukan “forensic auditing” barulah ada harapan kita menjejaki “money trail” untuk mengetahui siapa buat apa dan dapat apa. Baca lagi di sini

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:

Post a Comment