Katanya, kesungguhan PAS yang prihatin terhadap nasib anaknya itu menyebabkan Sirul lebih selesa untuk menceritakan setiap perkara kepada Mahfuz.
"Kalau Datuk (Mahfuz) tak bawa makcik datang ke Australia sudah pasti makcik tidak dapat menemui Sirul.
"Banyak perkara yang mereka bualkan sepanjang pertemuan beberapa hari berada di sana," katanya kepada Harakahdaily ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.
Piah turut merasa gembira dengan usaha PAS itu yang membolehkan beliau dapat bertemu dengan anaknya.
"Tak tahu nak kata apa, gembira sangat bila dapat bertemu dengan Sirul.
"Terima kasih kepada Datuk kerana berusaha nak bawa makcik berjumpa anak makcik, nak harapkan orang lain dan tentu susah," katanya lagi.
Sementara itu, Mahfuz berkata pada peringkat awal (hari pertama) terdapat halangan untuk beliau bertemu Sirul.
"Kami tidak mengetahui apa yang menyebabkan rombongan misi 'C4 Yourself' ini tidak dibenarkan memasuki IDC dan melawat Sirul.
"Namum perkara tersebut dapat diselesaikan dengan campurtangan independent Senator for South Australia, Nicholas 'Nick' Xenophon.
"Beliau telah menelefon pejabat IDC agar membenarkan kami masuk berjumpa Sirul," katanya.
Tambah beliau lagi, pada hari terakhir (Jumaat) masih terdapat usaha untuk menghalang beliau dan ibu Sirul serta berapa lagi anggota misi, namun dengan campurtangan The Australia Minister for Immigration and Border Protection in the Hon, Peter Dutton ia dapat diselesaikan.
"Mungkin ada yang tidak percaya saya dan rombongan dapat bertemu Sirul tetapi ibunya lebih mengetahui apa yang berlaku.
"Kami tidak dapat mengambil gambar pertemuan tersebut kerana tidak dibenarkan membawa apa-apa peralatan kamera mahupun telefon pada sesi pertemuan tersebut.
"Yang pasti saya bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi serta ibu dan adiknya dapat menikmati bersama-sama rendang daging yang dimasak oleh ibu Sirul," kata beliau lagi. - HARAKAHDAILY 7/3/2015
No comments:
Post a Comment