KUALA LUMPUR, Wartawan bertugas: SM Amin, Ahmed Syahril Zulkeply, Arfa Yunus dan Nawar Firdaws foto oleh: Mokhsin Zamani dan Azrol Ali

Perhimpunan #KitaLawan tetap dilaksanakan seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Beberapa kumpulan sudah mula berkumpul di beberapa lokasi sebelum memulakan perjalanan mereka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman ke pusat beli belah Sogo.

Sementara itu, pemantauan oleh wartawan The Rakyat Post mendapati, suasana aman di lokasi Dataran Merdeka dan penunjuk perasaan masih tidak kelihatan. Tiada tanda-tanda akan ada kumpulan perhimpunan di situ.

3.00 petang


IMG-20150307-WA002
Keadaan di Dataran Maybank yang sunyi daripada peserta perhimpunan. Foto TRP/SM Amin

Sementara itu di hadapan ibu pejabat PAS kira-kira 150 orang peserta mula berkumpul dan perkarangan pusat beli belah Sogo, kira-kira 200 peserta perhimpunan sudah mula berhimpun dengan membawa poster.

IMG-20150307-WA005
Peserta perhimpunan melaungkan slogan dan mengangkat poster sebagai menunjukkan protes. – Foto TRP/Mokhsin Zamani
IMG-20150307-WA004
Peserta perhimpunan #KitaLawan semakin ramai walaupun cuaca sudah mula mendung. – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
 IMG-20150307-WA017 
Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bergerak dari ibupejabat PAS ke pusat beli belah Sogo – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply

 3.45 petang
Peserta perhimpunan dari pelbagai lapisan usia semakin ramai walaupun hujan sudah turun di Kuala Lumpur. Dianggarkan hampir 1,000 orang sudah berhimpun dan ada yang melaungkan slogan “Reformasi” dan “kita lawan”. Mereka turut mendesak supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan. Kedengaran juga bunyi mercun.
Tidak lama kemudian peserta yang berhimpun di hadapan Sogo diminta bergerak ke hadapan restoran segera KFC yang terletak di Kompleks Pertama.

IMG-20150307-WA022
Peserta perhimpunan mula berkumpul di hadapan pusat beli-belah Sogo – Foto TRP/SM Amin
 4.00 petang

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat turut dilihat memberi ucapan dalam perhimpunan itu yang mendesak supaya  Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan.

IMG-20150307-WA042
Suhaizan Kayat dilihat memberi ucapan dalam perhimpunan #KitaLawan. – Foto TRP/SM Amin

Antara kandungan ucapannya : “Kalau kita tidak berbuat sesuatu, mungkin rakyat Malaysia yang lain akan terima akibat yang sama.”

IMG-20150307-WA039
Naib Presiden PKR Tian Chua memberi ucapan di hadapan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peserta #KitaLawan di Jalan Tuanku Abdul Rahman. – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
 
Oleh: Ahmad Syahril Zulkeply
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, esok 8 Mac merupakan tahun Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih 1/3 tampuk pemerintahan di Parlimen pada tahun 2008.
Menurutnya, hari ini mereka terpaksa berkumpul dan berarak ke Sogo dengan pergerakan lain dari Masjid Jamek dan Pasar Seni.
Tegasnya, ini hanya permulaan dan mereka akan hidupkan semula semangat juang yang ada pada 2008.
“Rakyat mula sedar hak yang ada dalam Perlembagaan dan kita berhimpun secara aman dan tiada siapa yang boleh menghalangnya.
“Kita tak pernah buat kacau bilau atau sebarang kerosakan dan akan tunjukkan keberanian sebab rakyat Malaysia tidak sanggup lagi melihat kezaliman dengan sistem politik yang korup dan tidak boleh dibaiki lagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut sebelum berarak ke Sogo.
Tian Chua berkata, perhimpunan ini juga diadakan untuk menuntut supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dan menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berundur secara serta merta.
“Kita berhimpun hari ini sebagai salah satu hak yang ada dibawah perlembagaan yang termaktub dalam perkara 10.
“Kira rakyat yang patuhi undang-undang dan Perlembagaan sebab itu kita adakan perhimpunan ini sebab negara ini merupakan tanggungjawab rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, kita sudah benci dengan kezaliman, rasuah dan penindasan, oleh itu kita akan perjuangkan kebebasan atas landasan yang betul.
“Kita bukan nak buat kucar-kacir tetapi untuk menuntut supaya Anwar dibebaskan dan kerajaan sepatutnya beri kerjasama.
“Hari ini mungkin kita bebas, boleh bersuara tetapi esok kita tak tahu lagi kerana perjuangkan Anwar bukan perjuangan peribadi tetapi untuk masa hadapan rakyat,” katanya.
Kumpulan ini yang disertai hampir 200 peserta mula berarak dari Pejabat Pas tepat jam 3.30 ke Sogo dan berkumpul dengan peserta lain.
 4.15 petang

IMG-20150307-WA045
Seorang anggota polis trafik bersiap sedia mengawal keadaan lalu lintas di jalan-jalan di sekitar pusat beli belah Sogo. – Foto TRP/Arfa Yunus

Pihak polis telah menutup semua laluan masuk untuk kenderaan ke kawasan berhampiran pusat beli belah Sogo.
Aktivis pelajar Fahmi Zainol merupakan seorang daripada beribu peserta perhimpunan di hadapan pusat beli belah Sogo.
“Bagi saya jumlah peserta yang hadir hari ini adalah hasil momentum daripada perhimpunan mingguan yang diadakan sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Semua pemimpin (pembangkang) ada di sini dan ini merupakan contoh jelas bahawa penyokong Anwar masih kuat,” katanya kepada The Rakyat Post.
Sementara itu isteri Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mengenakan baju hujan warna hijau tiba ditemani Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.
Dr Wan Azizah berkata, kehadiran peserta kali ini menunjukkan suaminya Anwar, masih mempunyai ramai penyokong kuat.
4.30 petang


IMG-20150307-WA048
Kira-kira 3,000 peserta berada di kawasan di hadapan pusat beli belah Sogo. – Foto TRP/Arfa Yunus
Peserta himpunan yang kini mencecah kira-kira 3,000 orang berarak memasuki Jalan Sultan Ismail untuk ke KLCC.

IMG-20150307-WA052


demo
Keadaan yang semakin sesak dengan peserta perhimpunan – Foto TRP/Azrol Ali



IMG-20150307-WA062
Aksi seorang pengunjung yang cuba mencari kedudukan untuk mengambil gambar peserta perhimpunan #KitaLawan. – Foto TRP/Arfa Yunus
 4.55 petang



IMG-20150307-WA068
Pihak keselamatan KLCC mula memasang penghadang besi di pintu masuk bangunan. – Foto TRP/SM Amin
IMG-20150307-WA067
Anggota polis membantu pihak keselamatan KLCC memasang penghadang besi di hadapan bangunan ikonik berkenaan. – Foto TRP/SM Amin
Pihak keselamatan KLCC ketika ditemui berkata, orang ramai termasuk pengamal media tidak dibenarkan berada di dalam kawasan KLCC.

5.00 petang



IMG-20150307-WA071
Keadaan di hadapan KLCC – Foto TRP/SM Amin
 
IMG-20150307-WA072
Peserta perhimpunan yang sudah menghampiri bangunan ikonik KLCC – Foto TRP/Arfa Yunus
 
IMG-20150307-WA073
Peserta perhimpunan #KitaLawan mula bergerak meninggalkan Jalan Tuanku Abdul Rahman – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
 
IMG-20150307-WA079
Ahli PKR. Ahmad Sukria dari Gombak menggunakan motosikal untuk berarak. – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
IMG-20150307-WA075
Polis bahagian trafik menjaga lalulintas di jalan berdekatan KLCC – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
IMG-20150307-WA076
Seorang peserta perhimpunan menunjukkan poster yang dibawa – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
IMG-20150307-WA077
Peserta perhimpunan sudah mula meninggalkan kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke KLCC – Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
 5.30 petang

Oleh: Arfa Yunus

Rakyat Malaysia sentiasa bersedia untuk bangkit sekiranya keadaan memerlukan dan saya rasa perhimpunan hari ini menunjukkan bahawa rakyat tidak berpuas hati dengan kerajaan.

Itulah pandangan yang disuarakan oleh aktivis hak asasi manusia, Ambiga Sreneevasan ketika ditemui di perhimpunan #KitaLawan, hari ini.

Bercakap kepada The Rakyat Post, Ambiga menyifatkan perhimpunan ini sebagai ‘rakyat menggunakan hak demokrasi mereka’.

“Kita perlu memberitahu besar atau kecil jumlah mereka yang hadir itu tidak penting. Yang penting adalah ramai orang yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negara ini, katanya.


IMG-20150307-WA074
Besar atau kecil peserta hadir itu tidak penting, yang penting adalah ramai orang hadir kerana tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di negara ini, jelas Ambiga. Foto TRP/Ahmed Syahril Zulkeply
 5.45 petang


IMG-20150307-WA090
Walaupun hujan, peserta perhimpunan #KitaLawan meneruskan perarakan mereka ke KLCC – Foto TRP/Arfa Yunus
 IMG-20150307-WA089 
Peserta perhimpunan #KitaLawan berada di hadapan bangunan ikonik KLCC – Foto TRP/Nawar Firdaws.