Selepas Setahun, Pihak Bertanggungjawab Kehilangan MH370 Dibongkar?
Kegagalan pihak tentera Malaysia menyampaikan maklumat mengenai pesawat
Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang tercicir laluannya dikenal pasti
dalam sebuah laporan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) baru-baru ini, tetapi setahun selepas pesawat itu hilang, masih tidak jelas jika ada pegawai dipertanggungjawabkan.
Akibatnya – kira-kira 20 jam sebelum pihak berkuasa penerbangan awam
dimaklumkan dan seminggu sebelum maklumat itu diumumkan kepada awam –
laporan tersebut menyatakan masa yang berharga hilang semasa pencarian
awal pada 8 Mac tahun lepas.
Penerbangan MH370 dan
239 orang penumpang dan anak kapal masih tidak ditemui walaupun
pencarian laut besar-besaran di selatan Lautan Hindi dilakukan.
"Maklumat PSR (radar pengawasan utama) daripada PSR tentera Malaysia dan
kedua-dua PSR di Thailand di Hat Yai (berhampiran sempadan
Thailand-Malaysia) dan Phuket (Bukit Bang Duk) yang sepatutnya
memerhatikan trek MH370 ke barat tidak diberikan kepada pihak berkuasa awam dalam tempoh terdekat kehilangan itu.
"Maklumat PSR tentera Malaysia tidak dikeluarkan secara terbuka
kira-kira seminggu selepas kehilangan," kata laporan bertajuk “ICAO
Brief on the SAR Response to MH370” (Laporan ICAO mengenai respons
operasi mencari dan menyelamat MH370).
Laporan yang dimuat naik di laman sesawang ICAO
itu dibentangkan di Mesyuarat Pasukan Petugas Mencari dan Menyelamat
Ketiga Asia/Wilayah Pasifik di Maldives, Januari tahun ini.
Selepas Setahun, Pihak Bertanggungjawab Kehilangan MH370 Dibongkar?
Dalam tempoh kehilangan MH370, ICAO menyatakan lokasi akhir radar
utama pesawat di Laut Andaman pada jam 2.22 pagi bakal menjadi maklumat
yang "tidak dihebahkan kepada pihak berkuasa awam untuk tempoh 20 jam".
Laporan itu berkata penambahbaikan diperlukan bagi kerjasama penerbangan
awam dan pihak berkuasa tentera untuk Pelan Pencarian dan Menyelamat
Asia Pasifik.
Ini kerana, radar tentera Thai juga mengesan MH370 terbang ke arah barat
dan barat-laut melalui Laut Andaman, tetapi tidak diarahkan sama ada
tindakan perlu diambil.
"Ia adalah jelas terdapat tahap koordinasi lebih tinggi penyelarasan
awam/tentera Malaysia yang mungkin mendedahkan kemungkinan MH370
berpatah balik lebih awal selepas amaran awal dari Vietnam, dan sebagai
trek hipotesis juga meliputi PSR Thailand, nasihat kepada Thailand juga
boleh membuktikan ia memberi manfaat.
"Pada dasarnya, seminggu atau lebih hilang dalam pencarian awal kerana kerjasama tentera / awam yang lemah," kata ICAO.
Laporan ringkas ICAO berkenaan MH370 itu bagaimanapun,
mengesahkan dapatan dan cadangan penambahbaikan sebagai cadangan untuk
pertimbangan dan ulasan mesyuarat pada Januari itu.
Kekurangan tindakan ketenteraan merupakan aduan utama waris penumpang pesawat MH370
apabila ia didedahkan selepas kehilangan pesawat daripada radar tentera
Malaysia, yang mengesan ia membuat pusingan melalui Semenanjung dan
sekitar Pulau Pinang, tetapi tidak menghantar jet pejuang bagi menyiasat
kejadian itu.
Dua bulan kemudian, pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri
Hishammudddin Hussein memberitahu Australian Broadcasting Corporation
(ABC) dalam satu wawancara, tentera Malaysia tidak mengambil tindakan
apabila mengesan pesawat di radar mereka kerana ia bukan pesawat musuh.
Dalam temu bual itu, Hishammuddin berkata tentera tidak menghantar
jetnya bagi menyiasat kerana "ia tidak dianggap sebagai objek musuh dan
sia-sia jika anda tidak menembaknya jatuh".
Beliau berkata demikian mempertahankan kegagalan tentera menghantar jet pejuang selepas MH370 hilang daripada
radar awam pada 8 Mac, apabila transponder berhenti sekitar jam 1.21
pagi semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Radar tentera mengesan selepas ia membuat pusingan dan berpaling ke arah barat melintasi Semenanjung.
"Jika anda tidak menembak jatuh, apa gunanya menghantarnya (jet
pejuang)?" Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan memberitahu ABC.
Baru-baru ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai
memberitahu The Malaysian Insider dalam satu temu bual agar "menunggu
hasil laporan siasatan", apabila ditanya sama ada terdapat pegawai
dipertanggungjawabkan bagi kehilangan pesawat MH370.
Dengan pesawat yang masih hilang, pencarian berterusan di selatan Lautan Hindi tidak membuahkan sebarang hasil.
Pencarian di kawasan pedalaman dijangka berakhir pada Mei, menurut Pusat
Agensi Penyelaras Bersama (JACC) di Australia yang menyelaras maklumat
berkaitan operasi carian.
Pada 29 Januari lalu, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengumumkan
pesawat itu secara rasminya hilang dan semua penumpang dan anak kapal
dianggap meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment