اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, January 16, 2015

Peguam UMNO turut hairan mengapa Sirul boleh keluar negara..


Walaupun tidak menyalahi undang-undang, pemergian Koperal Sirul Azhar Umar ke luar negara dianggap menghairankan apatah lagi dia tidak kembali ke Malaysia semasa Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atasnya, kelmarin kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, sembilan tahun lalu.

Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, kebiasaannya pendakwaan akan menggunakan Akta Mahkamah Kehakiman 1963 untuk menghalang pesalah melarikan diri ke luar negara.


Katanya, akta ini banyak digunakan, terutama dalam kes membabitkan tertuduh dari luar negara.


"Sungguh pun (jika tertuduh dari luar negara) menang kes itu (di Mahkamah Rayuan), pihak pendakwaan akan guna akta tersebut. Bagi saya, apabila Sirul Azhar telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan (pada Ogos lalu), dia tidak salah dan rayuannya diterima.

"Cuma saya hairan kenapa dia boleh ke luar negara dan Jabatan Imigresen tidak diberitahu yang dia tidak boleh keluar," katanya.

Namun beliau berpendapat pendakwa raya dalam kes ini mungkin tidak menyangka seorang rakyat Malaysia, yang juga bekas polis, tidak akan hadir ke Mahkamah Persekutuan mendengar keputusan kesnya.

“Saya tidak rasa ada udang sebalik batu (mengenai kehilangan Sirul Azhar). Ia hanya tanggapan pendakwa raya atau timbalan pendakwa raya bahawa Sirul Azhar akan datang ke mahkamah, tetapi tanggapan itu nampaknya tidak betul,” katanya.

Dalam masa sama, Muhammad Shafee menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes itu sebagai berasas, baik dan adil.

“Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dengan mendalam membuat kajian, mengkaji kes secara bebas, melihat keterangan secara bebas dan mengkaji balik keputusan bertulis hakim-hakim di semua lapisan mahkamah (sebelum membuat keputusan),” katanya.

Sementara itu, seorang bekas hakim yang enggan dikenali berkata, seseorang yang didapati tidak bersalah oleh mahkamah bebas untuk ke mana-mana, termasuk ke luar negara.

Katanya, sekatan hanya boleh dilakukan sekiranya mahkamah meletakkan syarat sedemikian.

“Apabila seseorang itu dibebaskan, maka dia bebas ke mana-mana saja, melainkan mahkamah letak syarat seperti tahan pasport.

“Namun, secara asasnya sekatan itu tidak boleh dilakukan kerana apabila individu itu dibebaskan, bermakna dia tidak bersalah,” katanya.

Katanya, kebebasan untuk ke luar negara itu tetap diberikan walaupun pendakwa raya dalam kes Sirul Azhar telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Ogos lalu membebaskan Sirul Azhar.

Bagaimanapun, katanya, dia sepatutnya menghadiri untuk pendengaran perbicaraan dan keputusan rayuan kes yang melibatkan dirinya lapor .

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment