اللهم اجعل في قلبي نورا ، وفي سمعي نورا ، وفي بصري نورا ، وعن يميني نورا ، وعن شمالي نورا ، ومن بين يدي نورا ، ومن خلفي نورا ، ومن فوقي نورا ، ومن تحتي نورا ، واجعل لي نورا ، وأعظم لي نوراSelamat Datang Ke Suara Rakyat FM بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ أَصْـبَحْنا وَأَصْـبَحَ المُـلْكُ لله وَالحَمدُ لله ، لا إلهَ إلاّ اللّهُ وَحدَهُ لا شَريكَ لهُ، لهُ المُـلكُ ولهُ الحَمْـد، وهُوَ على كلّ شَيءٍ قدير ، رَبِّ أسْـأَلُـكَ خَـيرَ ما في هـذا اليوم وَخَـيرَ ما بَعْـدَه ، وَأَعـوذُ بِكَ مِنْ شَـرِّ هـذا اليوم وَشَرِّ ما بَعْـدَه، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنَ الْكَسَـلِ وَسـوءِ الْكِـبَر ، رَبِّ أَعـوذُبِكَ مِنْ عَـذابٍ في النّـارِ وَعَـذابٍ في القَـبْر ...بِسْمِ اللَّهِ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Friday, January 16, 2015

SPRM semak jika ada asas siasat 1MDB


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan tampil untuk memberi maklumat tambahan berhubung aduannya mengenai perjalanan firma 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata ia bagi membolehkan pasukannya menilai asas dakwaan tersebut.

"Maklumat yang diberikan ini merupakan perkara yang sama dikemukakan oleh Khairuddin kepada polis sebelum ini.

"SPRM akan memanggil Datuk Khairuddin untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada beliau sebelum membuat keputusan sama ada terdapat asas untuk menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

"SPRM memberi jaminan akan bertindak secara telus dan profesional dalam isu ini selaras dengan Akta SPRM 2009," kata Mohd Shukri dalam kenyataannya.

Naib ketua Umno Batu Kawan itu dalam laporannya kepada polis sebelum ini menggesa agar operasi 1MDB disiasat dan turut membuat laporan yang sama di pejabat SPRM di Putrajaya semalam.

Sementara itu, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baru, Arul Kanda Kandasamy agar menjelaskan kepada orang ramai berkenaan isu-isu yang melingkari 1MDB.

Beliau membuat gesaan itu selepas menolak jemputan Arul Kanda untuk berdialog tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan Pua terhadap operasi 1MDB.

"Saya bersedia untuk berdialog dengan 1MDB atau Arul. Namun, ia lebih penting jika beliau turut memaklumkan dan melibatkan ramai," kata Pua kepada Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment