Pengerusi DAP Johor Liew Ching Tong berkata, bantuan RM 500 juta yang dijanjikan Pusat awal tahun ini seharusnya menjana ekonomi penduduk tempatan di daerah itu.
“Pembinaan semula Kuala Krai dan sekelilingnya tidak boleh menjadi tempat kroni Pusat untuk mendapat kontrak.
“Kerajaan di semua peringkat, serta NGO-NGO perlu berfikir bagaimana mencipta peluang pekerjaan sementara untuk masyarakat tempatan,” ujar Chin Tong.
Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang menggesa Pusat untuk mengisytiharkan darurat agar tenaga dan aset tentera dapat digembleng agar kerja pembersihan bagi mengelakkan penyebaran wabak penyakit dilaksanakan serta-merta.
“Saya sendiri lihat di daerah Manjor kereta Kementerian Kesihatan mengguna pembesar suara mengumumkan kepada penduduk agar menggunakan air bersih dan gunakan tandas.
“Cuma, ironinya mana ada bekalan air dan elektrik di sana, penduduk pula menggunakan sungai untuk mandi,” ujarnya lagi.
Kata Chin Tong banjir bukan saja menyebabkan ekonomi Kuala Krai tidak berfungsi dan perlu dilihat sebagai kebimbangan sosio-ekonomi.
Dalam masa sama, bantuan RM 500 juta Kerajaan Pusat tidak boleh menjadi satu-satunya penyelesaian pembinaan semula Kuala Krai.
Tambah Chin Tong, bukan sahaja penduduk tempatan harus diberi peluang kerja dengan gaji mengikut hari untuk mempercepatkan usaha pembersihan dan pembinaan semula, di samping itu dapat menjana kerancakan ekonomi tempatan.
“Usaha serius mesti dilakukan secepat mungkin untuk menjaga kesihatan rakyat, dan pekerjaan sementara akan menggerakkan ekonomi tempatan,” gesa beliau.
– Roketkini.com
No comments:
Post a Comment