Saturday, February 28, 2015
Sirul persulit komplot pembunuhan Altantuya
PEMIKIRAN polis dilihat tak sekata tentang perkembangan baru berhubung dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu berikutan Sirul Azhar Umar, seorang daripada dua yang dijatuhi hukum bunuh membunuhnya melepaskan diri ke Australia.
Sirul yang lari itu dikatakan mahu memberi cerita tambahan atas kes itu. Dipercayai boleh melengkapkan rahsia pembunuhan. Semua menyangka kisah pembunuhan itu belum terdedah sepenuhnya sekalipun mahkamah lama membicarakan kes itu.
Berita buruk buat 1MDB
Kabinet menolak cadangan suntikan RM3 bilion tunai bagi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sarat dengan hutang, menyempitkan lagi pilihan pembiayaan bagi pelabur strategik itu untuk membayar balik hutang pada masanya.
Difahamkan, majoriti menteri semasa mesyuarat mingguan Kabinet pada Rabu lalu tidak meluluskan minit mesyuarat minggu sebelumnya yang menyatakan jumlah dicadangkan itu.
Gara-gara kritik 1MDB, Ahli UMNO kena pecat
Ahli Umno yang dikritik hebat kerana membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hujung tahun lalu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dipecat daripada jawatannya sebagai naib pengerusi Umno Bahagian Batu Kawan.
Dalam satu kenyataan, Khairuddin mengakui beliau dipecat susulan diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi pada Mei tahun lepas, yang menyebabkan beliau tidak layak memegang sebarang jawatan dalam parti.
1MDB: Rafizi cabar Najib saman dia..
Saya terkejut membaca laporan media bahawa Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengugut untuk mengambil tindakan saman; kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah.
Bukan sahaja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini; saya lebih terkejut kerana Datuk Seri Najib Razak belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.
Wednesday, February 25, 2015
Memahami bacaan politik status Facebook Dr Asri
Saya membaca komentar politik mantan mufti Perlis yang kini kembali jadi mufti, Dr Asri Zainal Abidin dengan senyum yang sampai ke telinga.Ramai yang begitu tergesa-gesa menabrak pendapat beliau, saya nasihatkan baca dahulu dua tiga kali sebelum membuat kesimpulan. Tajuk berita sahaja tidak mampu mempermudah mantiq Dr Asri itu.
Mari kita perinci satu demi satu bacaan politik beliau, supaya kita temukan kefahaman yang lebih menyenangkan hati.
Rambut Rosmah tarik perhatian dunia..
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, sekali lagi menjadi perhatian dunia, kali ini berkaitan perbelanjaan dandanan rambutnya.
Laporan agensi berita AFP berkaitan kos dandanan rambut RM1,200 itu disiarkan kembali oleh tabloid Britain The Daily Mail, The Straits Times (Singapura) dan South China Morning Post (Hong Kong).
Program jelajah bebaskan Anwar ke seluruh negara Oleh Syed Ibrahim Syed Noh
PKR terus komited dan tekad dalam meneruskan perjuangan demi rakyat dengan mengumumkan pada hari ini siri program Jelajah #BebasAnwar ke seluruh negara iaitu di sekurang-kurangnya 60 buah lokasi.
Hukum Qazaf elak tersebarnya fitnah,,,,!! Posted by epondok. Oleh Mohd Fadly Samsudin
QAZAF dari sudut bahasa bermaksud ‘al-Ramy’ iaitu lempar. Menurut istilah hukum syarak, qazaf adalah melemparkan tuduhan zina kepada orang yang baik atau menafikan keturunannya.
Bentuk lafaz yang dikira dalam kategori qazaf adalah seperti seseorang berkata: “Wahai penzina! Engkau berzina dengannya! atau mengatakan kepada seseorang, Ini bukan anakmu! (dengan maksud menuduh ibu berzina).”
Tuesday, February 24, 2015
Menteri ` SYOK SENDIRI' : IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?
IPT bertaraf dunia, tapi kenapa graduan tak ada kerja?
Penjelasan peguam Shafee, dengarkan! Dengarkan!
PEGUAM Tan Sri Shafee Abdullah telah membuat penjelasan panjang lebar kepada umum tentang kes Anwar Ibrahim selepas kejayaan besar pendakwaannya dalam perbicaraan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Penjelasan seperti itu oleh pihak kejaksaan baik oleh pendakwa raya atau oleh Tok Hakim yang menang perbicaraan jarang kita dengar di mana-mana atau mungkin tidak pernah dibuat pengamal undang-undang dalam masyarakat yang stabil dan tenang.
Anwar hilang kelayakan, PRK Permatang Pauh hampir pasti
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim secara automatik hilang kelayakan sebagai anggota parlimen mulai hari ini, berikutan parti itu tetap dengan keputusan untuk tidak memohon pengampunan Diraja bagi pembebasannya.
Perkembangan terbaharu itu memberi isyarat jelas bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh hampir pasti diadakan kerana kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar mungkin diisytiharkan "secara rasmi kosong" tidak lama lagi.
PAS tidak akan bergabung dengan UMNO kata Tuan Ibrahim
PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
Monday, February 23, 2015
BETUL KE BON 1MDB TIDAK LAKU?
Selepas pinjaman Ananda Krishnan, 1MDB kini perlukan wang Kementerian Kewangan
OLEH THE EDGE FINANCIAL DAILY
Anwar dipenjara ketika hudud hendak dibentang
PAS sedang berkira untuk membentangkan usul persendirian di Parlimen bagi melaksanakan di Kelantan. Semua tahu ia tidak disetujui oleh DAP dan PKR cenderung untuk menyetujui sikap DAP.
Barisan Nasional tidak diketahui sikapnya. Sekadar Umno membayangkan ia sedang menimbang untuk menyokongnya. Kiranya ada kesepakatan sesama kerabat Pakatan dan Umno pula cenderung untuk menyokongnya, ada harapan usul PAS itu diluluskan.
Rakyat dan ‘mengarut’
Rakyat Malaysia hari ini dijaja 360 darjah dengan pelbagai isu.Di barat, ada seorang peguam terkenal yang menjadi pendakwaraya sibuk mengendalikan “roadshow” untuk menceritakan kemenangannya dalam kes liwat.
Bibit-bibit adegan seks, yang dikhabarkan cerita benar, yang diceritakannya menjadi liputan media.
'Sejenak Bersama TS Shafee Abdullah’.. kenapa media tak dibenar laporkan?
Media tidak dibenarkan membuat liputan atau menulis tentang ceramah peguam kanan Tan Sri Abdullah di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Parlimen Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara.
Shafee, yang mengetuai pasukan pendakwaan, sedang mengadakan siri jelajah bagi menjustifikasikan penghakiman kes liwat 11 terhadap Anwar.
Alahai ruginya.. Depa dah sedar la Shafee memudaratkan UMNO..
Kelmarin dulu, bila aku sarankan supaya pihak UMNO membawa Shafee untuk memberikan penjelasan tentang kes Liwat II ini dari rumah ke rumah di Permatang Pauh, ada beberapa sahabat yang mempersoalkan tindakan aku itu..
Katanya aku cuma memburukkan lagi keadaan sebab kalau UMNO bersungguh-sungguh buat macam yang aku cadangkan tu mampus Jentera Pilihanraya PKR Permatang Pauh nak counter balik..
Kejatuhan nilai ringgit: Hari tu kata bantu pulih ekonomi, hari pulak kata sebabkan ekonomi merosot?
Ketika Kerajaan didesak untuk menangani kejatuhan nilai Ringgit yang kini menuju ke paras nilai RM terendah semasa krisis kewangan Asia tahun 1997, muncullah seorang Timbalan Menteri mendakwa kejatuhan nilai ringgit membantu memulihkan ekonomi negara..
Katanya kejatuhan nilai ringgit dijangka menarik lebih ramai pelabur ke negara ini kerana nilai mata wang tersebut yang rendah berpotensi meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.
Sunday, February 22, 2015
Shafee Abdullah lebih kurang Umi Aflida sahaja - MSO
SESUDAH SUBUH
Tidak timbul dan tidak penting bagi negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini apakah tindakan Muhammad Sahafee Abdullah yang turun ke lapangan untuk mendedahkan butiran perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, apakah ianya menyalahi undang-undang dan boleh dikelasifikasi sebagai menghina mahkamah atau pun tidak.
Shafee merupakan ketua pendakwa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan kes berkenaan.
Tidak timbul dan tidak penting bagi negara "tigatujuhkosongsatutujuh" ini apakah tindakan Muhammad Sahafee Abdullah yang turun ke lapangan untuk mendedahkan butiran perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim, apakah ianya menyalahi undang-undang dan boleh dikelasifikasi sebagai menghina mahkamah atau pun tidak.
Shafee merupakan ketua pendakwa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengendalikan kes berkenaan.
Saturday, February 21, 2015
' IBU SEGALA SKANDAL ' 1MDB DAN PSI ( Petrosaudi International Limited ) TERDEDAH?
1MDB dan Petrosaudi ‘kongkalikong’ untung mudah RM2.5 bilion untuk syarikat asing?
Kalau Sirul dikatakan mengarut.. maka Khairy dan Shafee juga mengarutlah..
Sebab Sirul dikatakan mengarut oleh Syed Ali ialah kerana kes Altantuya dianggap selesai apabila pihak mahkamah sudah menjatuhkan hukuman ke atas dua bekas polis terbabit.
Jadi.. kalau Sirul dianggap mengarut maka tak salahlah kalau kita menganggap Ketua Pemuda UMNO dan juga Peguam Shafee Abdulah juga mengarut..
Khairy patut fokus masalah golongan belia, kata ahli Umno ??
Ketua
Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan
diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar dinasihatkan tidak melibatkan diri dengan program jelajah kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan tidak memberi sebarang kelebihan kepada parti.
Peguam Tunggu Arahan Anwar
SHAH ALAM – Peguam bela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
sedang meneliti kenyataan yang dikeluarkan ketua pendakwa raya, Tan Sri
Muhammad Shafee Abdullah dalam pendedahan kes liwat Anwar kepada umum.
Peguam bela Anwar yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah berkata, mereka kini menunggu arahan Anwar sama ada untuk mengambil tindakan jika Muhammad Shafee didapati melanggar etika guaman atau menghina mahkamah.
Friday, February 20, 2015
" PENAKUT, TAKDE HUJAH DAN FAKTA TETAPI BAGI ALASAN DEBAT HANYA BUANG MASA "
Daripada
Presiden UMNO sampai yang ke bawah-bawah semua jenis penakut, jenis
takde teloq. Debat bukan budaya kitalah, debat buang masalah. Ooo korang
nak buat jelajah satu Malaysia cerita pasal bontot Saiful boleh ??,
cerita pasal puting tetek Saiful dicubit Anwar boleh ??.
Thursday, February 19, 2015
KRU Nafi Lagu 'Sandiwara' Ditujukan Kepada TGNA.
Share :
KENYATAAN RASMI TENTANG LAGU "SANDIWARA"
1. Lagu “Sandiwara” nyanyian Tyco (artis alam maya ciptaan KRU) telah dikeluarkan pada penghujung tahun 2000 iaitu 15 tahun lalu
PKR: Jika tak kenal, kenapa kata mengarut?
PKR menyifatkan kenyataan "mengarut" oleh Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Razak hari ini terhadap dakwaan baru bekas anggota polis
khas Sirul Azhar Umar, sebagai "pramatang, mencurigakan dan wajib
disiasat" polis.
KOLEJ BERTUKAR JADI HOTEL...MALAYSIA BOLEH?
SEKUMPULAN penuntut sebuah kolej menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh
Subscribe to:
Posts (Atom)