MEMOHON SUMBANGAN

MEMOHON SUMBANGAN
Inginkan AKHIRAT CURRENCY SAVING ACCOUNT? Kami pihak radio suara rakyat fm ingin memohon sumbangan jariah para pendengar setia untuk melancarkan lagi perjalanan perjuangan untuk menegakkan keadilan sejagat. semoga sumbangan anda mendapat keberkatan bagi membantu dalam menegakkan keadilan dan perjuangan seperti yg dituntut dalam setiap pegangan agama. semoga sumbangan anda dapat menjadi satu syafaat di hari akhirat nanti... disini kami sertakan nombor akaun untuk sumbangan anda didalam akaun: SUARA RAKYAT ENTERTAINMENT (1405-0001092-10-7) CIMB BANK jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang setia.. semoga Allah memberkati sumbangan anda terima kasih

Saturday, January 19, 2013

BUNGA DAN RAMA RAMA...


Allahmdulillah, dari soal politik kita berbalik kepada yang Maha Pencipta, Islam dan Politik tidak boleh di pisahkan.. Cerita ini diceritakan oleh seorang cikgu pada tahun 2009 sewaktu dalam Akademi JPJ Kota Bharu, Cerita memang amat menarik.. oleh itu saya ingin kongsikan dengan pembaca di Blog ni..
Seorang lelaki berdoa kepada ALLAH SWT
agar diberikan bunga dan rama-rama..

                        Namun ALLAH SWT memberikannya KAKTUS..
                                   

                                dan...ULAT..


Lelaki ini sedih..Tidak faham mengapa pemberian-NYA
berbeza dari permintaannya..

Kemudian...


dia berfikir..ALLAH SWT mempunyai terlalu
ramai umat untuk diuruskan..

dan dia memutuskan untuk tidak
mempersoalkannya...

Selepas 1 tempoh, lelaki ini memikirkan semula
permohonan doanya yang telah
lama dilupakannya...

Lelaki ini amat terperanjat apabila
melihat dari pokok KAKTUS YANG HODOH
dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik!

DAN...

dari ULAT yang terselindung
telah bertukar menjadi rama-rama
yang cantik!

ALLAH SWT SENTIASA MELAKUKAN SEMUA PERKARA DENGAN BETUL!

CARA ALLAH SWT SENTIASANYA CARA TERBAIK.
WALAUPUN KELIHATAN SEMUANYA SALAH.

Jika anda memohon untuk sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH SWT, PERCAYALAH! pastinya ALLAH SWT sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan...ALLAH SWT tidak akan pernah gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...


                                   DURI HARI INI...

                                  ADALAH BUNGA HARI ESOK!


ALLAH SWT mengurniakan pilihan terbaik
kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA..

Hokage Kazakage Ranger Puteh