Harakahdaily sebelum ini menandatangani MoU dengan radio ini untuk membekalkan berita setiap hari kepada radio internet ini.
Konvoi
Program pelancaran yang bermula awal pagi semalam, dimulakan dengan konvoi berbasikal dan kereta yang masing-masing ditampal 'sticker' Radio Suara Rakyat FM.
Kemudian konvoi ini bersama-sama dari Dataran Kemerdekaan kemudian bergerak melalui Bukit Cerakah, Batu 3 dan keluar ke Stadium Malawati kemudian balik semula ke Dataran Kemerdekaan kira-kira jam 9.00 pagi.
Konvoi bersama ini disertai keseluruhan ahli jawatankuasa Radio Suara Rakyat dari seluruh negara termasuklah negeri pantai timur.
Menurut Ketua Penyelaras Radio Suara Rakyat Ripin Samat, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Selangor yang memberi sokongan padu kepada satu-satu radio yang menjadi suara rakyat.
Katanya, Radio Suara Rakyat ini akan terus diperkasakan dari semasa ke semasa di seluruh DUN Selangor dengan menggunakan aplikasi 'wakie talkie zello' bagi menyampaikan maklumat di setiap pelusuk negeri.
"Banner Radio Suara Rakyat dengan slogan 'Suara Rakyat Suara Keramat' akan diletakkan di setiap pejabat DUN Selangor dengan satu harapan agar maklumat berjaya sampai ke sasarannya," katanya ketika dihubungi. Sumber Harakah Daily
Kemenangan yang di perolehi, bukanlah tanda kebenaran atau kebathilan sesuatu yang di perjuangkan. Siapa yang menang bukan makna dia betul kerana kemenangan,siapa yang kalah pula bukan bermakna dia salah kerana kekalahan.
Dalam perjuangan Rasulullah SAW berjuang menegakkan Islam, adakah semasa Nabi SAW kalah, ianya menunjukkan perjuangan Nabi itu salah? Nabi SAW tetap benar ketika menang ataupun kalah dalam peperangan atau perjuangannya.
Kemenangan ada kalanya bukan tanda benar atau salahnya sesuatu usaha dalam perjuangan. Tetapi merujuk kepada kenapa perjuangan itu dilakukan.Kemenangan sebenarnya ialah dinilai apa yang menepati menurut Al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.Itulah kemenangan! Menang adalah amanah untuk memikul dan melaksanakan perintah Allah atas kemenangan. Dan kalah pula bukan bermakna salah dan terus lemah untuk memperjuangkan kebenaran.Setiap kali kekalahan itu ditempuhi, ianya adalah ujian untuk menilai tahap kesabaran. Dan sudah semestinya menjadi muhasabah untuk mendesak kepada peningkatan daya juang bagi lebih melakukan pengorbanan bagi meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran. Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi, walaupun dalam nilaian manusia kita kalah ibarat seprti lilin membakar diri demi islam tercinta,Wallahua'lam.